Saturday, December 19, 2009

Penjagaan Anak: Antara Hak dan Amanah


Persoalan mengenai Hak Jagaan Anak sering disalah anggap dan diberi tafsiran yang tidak tepat sehingga menimbulkan pelbagai masalah. Anak-anak yang sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama antara suami dan isteri, kini dianggap hak ekslusif bagi sesiapa yang diberi Hak Jagaan. Ramai beranggapan bahawa apabila Mahkamah memerintahkan Hak Jagaan anak diberi kepada mereka, maka mereka telah memperolehi kemenangan besar ke atas bekas pasangannya. Anak-anak akan tinggal bersama dengan mereka sepanjang masa dan sudah tentu mereka merasakan mereka mempunyai kuasa yang penuh dalam menentukan perjalanan hidup anak mereka.

Bapa atau ibu yang tidak mendapat Hak Jagaan pula menganggap, keputusan sebegitu adalah malapetaka besar kepada mereka. Bagi mereka, setelah rumahtangga yang dibina telah musnah kini anak-anak pula dirampas dari mereka. Hubungan dengan anak-anak menjadi renggang malah kadang-kadang mereka terpaksa menyabung nyawa terlebih dahulu jika berhasrat mahu melihat anak mereka sendiri yang kini dijaga oleh bekas pasangan mereka. Entah berapa banyak Laporan Polis telah dibuat sampai anggota polis yang berkenaan pun sudah familiar dengan kes mereka. Malu memang malu. Kalau dulu tak pernah pun menjejakkan kaki ke Balai Polis, tetapi kini hampir setiap minggu ada sahaja urusan di Balai Polis. Masing-masing tidak mahu mengalah. Hanya menang menjadi matlamat mereka. Justeru, kes-kes yang berkaitan Hak Jagaan anak biasanya adalah kes yang sangat rumit untuk diselesaikan oleh para peguam. Mereka mungkin teralpa bahawa apa yang sedang mereka rebutkan itu adalah AMANAH yang perlu ditunaikan.

Hak Atau Amanah

Hakikat yang perlu disedari adalah, apabila mahkamah memberi Hak Jagaan kepada ibu atau bapa misalnya, ia tidak bermaksud anda berhak menentukan segala-galanya berkaitan anak tersebut. Bagi para ibu, ditegaskan di sini bahawa Hak Jagaan menurut Hukum Syarak bukanlah bermaksud anda telah menggantikan tempat dan kewajipan seorang bapa. Hak Jagaan bukan juga bermaksud untuk menafikan terus hak seorang bapa ke atas anaknya. Hak jagaan juga bukan bererti bapa tidak mempunyai kuasa langsung ke atas anaknya. Ringkasnya, hak Jagaan bukan bermaksud HAK bahkan ia hanyalah AMANAH yang perlu ditunaikan.

Sesiapa yang mendapat Hak Jagaan bererti mereka mempunyai tugas yang perlu dilaksanakan. Amanah bererti seseorang yang diberi Hak Jagaan perlu memastikan kepentingan dan kebajikan anak-anak mereka diutamakan dalam segala hal. Selain itu, pendidikan, keperluan, tempat tinggal, persekitaran yang sesuai untuk anak-anak juga perlu diusahakan agar anak-anak mendapat yang terbaik. Penjaga juga perlu mempastikan hubungan anak-anak tersebut dengan ibu atau bapa yang tidak mendapat hak jagaan sentiasa baik dan mereka dibenarkan untuk mengambil, membawa keluar dan bermalam dengan anak-anak pada waktu-waktu yang sesuai. Mahkamah juga mempunyai kuasa untuk meletakkan apa-apa syarat lain kepada penjaga dalam mempastikan hak pihak yang satu lagi tidak terluput, umpamanya seperti mengeluarkan perintah kepada penjaga agar tidak menukar tempat pemastautinannya dan tidak membawa anak ke luar negara tanpa kebenaran. Jika penjaga gagal menjalankan tanggungjawab ini terhadap anak-anak, maka tidak mustahil hak penjagaan itu akan berpindah kepada pihak yang satu lagi.

Menurut Syeikh Muhammad al-Khatib al-Syirbini dalam kitabnya Mughni al-muhtaj, jil 3, juz 3, di halaman 425 ada menyebut:


“Hadhanah dari segi syara’ bererti tanggungjawab menjaga seseorang yang tidak mampu menguruskan dirinya sendiri, oleh kerana masih belum mampu atau tidak mampu membuat pilihan mana satu yang baik dan mana satu yang buruk, seperti kanak-kanak kecil atau orang dewasa yang gila, dan juga tanggungjawab memberi pendidikan kepada mereka yang berkenaan itu hingga menyebabkan mereka berjaya menjadi manusia yang baik serta tanggungjawab memberi makan minum dan seumpamanya kepada mereka"

Sekiranya semua pihak memahami bahawa apa yang disebut sebagai "HAK" itu sebenarnya adalah "AMANAH" atau "TANGGUNGJAWAB" sudah tentu kes-kes sebegini dapat diselesaikan dengan harmoni dan saling menang-menang. Yang menang tidak dapat semua dan Yang kalah tidak kalah semua.

Friday, December 18, 2009

Mahkamah Syariah Diiktiraf oleh AS


Bukanlah menjadi rahsia lagi bagi masyarakat umum, bahawa sesuatu Perintah atau Notis yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah di Malaysia masih lagi tidak mendapat pengiktirafan yang sewajarnya, malah ia dipandang 'lekeh' sahaja oleh sesetengah orang. Ramai yang mengeluh bahawa mereka tidak mendapat kerjasama yang baik dari pihak yang sepatutnya bertanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu perintah mahkamah syariah. Malah kadang-kadang perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah sesuatu negeri juga turut dipertikaikan oleh mahkamah syariah di tempat yang lain.

Namun begitu, baru-baru ini saya terkejut dan terharu apabila dimaklumkan bahawa perintah Mahkamah Syariah telah diiktiraf oleh pihak Kedutaan Amerika Syarikat. Seorang ibu yang telah mendapat perintah hak jagaan anak dari mahkamah, tiba-tiba diberi tawaran untuk menyambung pengajiannya ke Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa tahun. Ibu itu berhasrat untuk membawa anaknya ke luar negara dan tinggal bersamanya di sana sehingga tamat pengajiannya.

Bagi menyokong hasratnya ini, ibu muda itu telah menunjukkan perintah dari Mahkamah Syariah yang memberi Hak Jagaan anak tersebut kepadanya bagi membolehkan visa kepada anaknya dikeluarkan. Dia menyangka hanya dengan perintah tersebut dia akan dibenarkan membawa anaknya ke luar negara. Masakan tidak, Mahkamah telah memberi dia hak jagaan. Apatah lagi AS adalah sebuah negara bukan Islam dan sudah tentu mereka tidak memahami undang-undang dan prosedur yang diamalkan di Mahkamah Syariah. Kerana begitu yakin dengan teorinya itu, ibu ini enggan memaklumkan hasratnya kepada bekas suaminya iaitu bapa anak berkenaan. Beliau mahu membawa anak tersebut senyap-senyap dan tanpa pengetahuan bekas suaminya yang tidak menahu akan hal ini.

Namun hasrat si ibu tersekat, kerana pihak kedutaan AS yang disangkanya jahil tentang mahkamah syariah telah menolak permohonannya, kerana menurut mereka, walaupun perintah tersebut meletakkan beliau sebagai penjaga kepada anaknya, tetapi perintah Mahkamah Syariah itu juga turut memperuntukkan hak kepada bapa untuk melawat dan mengambil anak mereka setiap 2 kali sebulan. Tambah mereka lagi, jika anak tersebut dibawa ke luar negara selama beberapa tahun, sudah tentu hak si bapa untuk melawat anak tersebut akan dinafikan. Atas alasan itu, permohonan ibu untuk mendapatkan visa bagi anaknya telah ditolak kecuali ada satu perintah lain yang membenarkan ibu membawa anaknya.

Daripada kisah ibu muda ini ternyata bahawa pihak Kedutaan AS sangat memahami prosedur dan undang-undang Islam yang diamalkan di Mahkamah Syariah. Malah bagi saya, mereka bukan sahaja sangat-sangat faham tetapi juga mereka mentafsirkan perintah mahkamah dengan begitu tepat sekali. Jangan sesekali kita menyangka bahawa mereka jahil mengenai Islam dan Undang-Undang Islam. Mereka sebenarnya lebih menguasai bidang ini jika dibandingkan dengan pengetahuan ibu muda berkenaan. Mereka tahu bahawa sesuatu perintah hak penjagaan anak bukan bermaksud penjaga mempunyai kuasa mutlak.

Apa yang membanggakan adalah, meskipun AS bukanlah negara Islam malah dikenali pula sebagai negara yang kuat menentang Islam, namun mereka masih mengiktiraf Mahkamah Syariah sebagai salah satu institusi yang mempunyai bidangkuasanya tersendiri. Bandingkan pula bagaimana riuh-rendahnya pelbagai pihak di dalam negara ini, termasuk pemimpin negara yang masih mempertikaikan segala perintah dan undang-undang yang diamalkan di Mahkamah Syariah dalam kes-kes seperti sebatan ke atas peminum arak dan mengajar agama tanpa tauliah sedangkan undang-undang tersebut telah diluluskan melalui prosedur yang sah.

Pendidikan seks di Amerika Syarikat gagal?

Pendidikan seks di Amerika Syarikat gagal?

Oleh SITI FATIMAH ABDUL RAHMAN

BARU-BARU ini dilaporkan bahawa penyakit kelamin makin berleluasa di Amerika Syarikat (AS). Data yang ada menunjukkan bahawa jumlah kes chlamydia dan gonorea bertambah berbanding tahun sebelumnya. Begitu juga, gadis di usia 15 - 19 tahun mendapat jangkitan chlamydia tertinggi berbanding kumpulan usia yang lain.

Nampaknya, pendekatan mereka dalam pencegahan penyakit ini yang menekankan kepada seks yang selamat, gagal menyelamatkan masyarakatnya. Apa sudah jadi dengan pendidikan seks yang diamalkan di negara tersebut? Apakah peningkatan penyakit kelamin ini merupakan bukti kegagalan pendidikan seks di negara itu?

Seperti mana yang kita maklum, di AS, pendidikan seks diajarkan di sekolah-sekolah dan ia telah pun diajarkan untuk sekian lama. Sepatutnya, maklumat yang diperolehi oleh para pelajar daripada program itu dapat menjadikan mereka lebih 'bijak' dalam hal ini dan seterusnya mengurangkan risiko dijangkiti penyakit-penyakit kelamin. Ternyata, sebaliknya yang berlaku. Di mana silapnya?

The Heritage Foundation, dalam satu kajiannya, telah membandingkan dua buah kurikulum yang diajarkan kepada remaja di sekolah-sekolah di AS iaitu pertama, Comprehensive Sex Education Curricula (CSEC) yang merupakan satu program pendidikan seks dan kedua, Authentic Abstinence Education Programme (AAEP) yakni program yang mengajak pelajar untuk menghindari seks sebelum berkahwin.

Didapati bahawa matlamat utama CSEC ialah untuk mengurangkan risiko penyakit kelamin akibat aktiviti seks yang tidak selamat. Dalam kata-kata lain, tumpuannya ialah pada alat pencegah kehamilan dan galakan untuk menggunakannya. Pendekatan "jauhkan diri dari seks", walaupun disebut, ia dianggap kurang penting. Maka, tidak hairanlah mesej "menjauhkan diri dari seks" amat lemah dan ia mengandungi sedikit atau tiada langsung mesej agar melewatkan aktiviti seksual. Justeru, ada yang melihat kurikulum ini sarat dengan nilai-nilai dan mesej-mesej permisif.

Sebaliknya, AAEP menggalakkan pelajar menjauhi seks sebelum perkahwinan. Ia mengenengahkan pendekatan yang lebih menyeluruh kepada seksualiti manusia. Ia mengaitkan seks dengan kasih sayang, keintiman dan komitmen.

"Menghindari seks" disarankan sebagai satu gaya hidup terbaik untuk remaja. Pelajar diajar bahawa memilih untuk menghindari seks ketika remaja adalah satu keputusan penting dan ganjarannya akan dirasai pada masa kini dan akan datang.

Malah, menghindari seks dilihat bukan sahaja sebagai penyelesaian kepada masalah sosial di kalangan remaja tetapi juga sebagai satu jalan yang membawa kepada rasa hormat diri dan orang lain, hubungan yang lebih sihat serta kebahagiaan dalam rumah tangga. Maka, tidak hairanlah ramai yang berpendapat program ini kaya dengan nilai serta mesej yang membina.

Kajian ini juga memasukkan penemuan kajian Zogby International mengenai sikap ibu bapa terhadap pendidikan seks di sekolah.

Didapati bahawa majoriti ibu bapa mahu anak-anak mereka diajar bahawa:

(i) mereka tidak patut terlibat dalam aktiviti seksual sehingga mereka mendirikan rumah tangga (79 peratus);

(ii) yang terbaik ialah hubungan seks yang dikaitkan dengan cinta, keintiman dan komitmen - ciri-ciri yang hanya wujud dalam sebuah ikatan perkahwinan (91 peratus);

(iii) individu yang menghindari seks sehingga berkahwin mempunyai peluang terbaik untuk mendapat kestabilan dan kebahagiaan rumah tangga (68 peratus); dan,

(iv) remaja sepatutnya menghindari seks ketika di alam persekolahan (91 peratus).

Walaupun ramai yang menganggap bahawa masyarakat AS adalah masyarakat yang permisif, namun penemuan ini membuktikan bahawa sikap mereka terhadap pendidikan seks yang diamalkan di negara itu tidak banyak bezanya dengan sikap masyarakat Timur yang lain terhadap terhadap pendidikan seks.

Dari segi perbelanjaan kerajaan AS dalam hal ini, ternyata ia bercanggah dengan apa yang dimahukan oleh ibu bapa. Kajian mendapati bahawa 85 peratus ibu bapa percaya bahawa pengajaran tentang 'menghindari seks' perlu diutamakan berbanding pengajaran mengenai alat mencegah kehamilan (seperti yang terdapat dalam program pendidikan seks).

Malangnya, kerajaan AS membelanjakan AS$4.50 untuk mempromosikan alat mencegah kehamilan bagi setiap AS$1.00 yang dibelanjakan untuk mempromosikan "menghindari seks" di kalangan remaja. Tambah pula, matlamat program pendidikan seks itu, yakni untuk mengurangkan risiko penyakit kelamin, juga gagal dicapai jika kita merujuk data terkini jangkitan tersebut seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

Apa yang berlaku di AS ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita. Apa yang baik mungkin boleh kita amalkan dalam masyarakat kita setelah menilai kesesuaiannya. Sebaliknya, apa yang ternyata tidak mendatangkan kebaikan itu, patut kita jadikan sempadan.

Dalam keadaan di mana usaha untuk memperkenalkan pendidikan seks di sekolah-sekolah di negara ini masih belum terlaksana, ada eloknya jika kurikulum "menghindari seks sebelum berkahwin" di AS ini dikaji secara mendalam dan membandingkannya dengan kurikulum pendidikan seks yang dicadangkan itu.

Dengan cara ini, kita boleh memperbaiki kurikulum tersebut dan menawarkan sesuatu yang lebih baik untuk masyarakat kita.

PENULIS ialah Fellow Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia

Utusan Malaysia Online - Rencana

Saturday, December 05, 2009

Musim Makan Kenduri Kahwin.... Kita Ada Peranan


Musim cuti sekolah sudah tiba. Lazimnya, pada ketika ini ramai ibubapa yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan anak-anak mereka. Malah kadang-kadang dalam satu hari, kita terpaksa menghadiri jemputan walimah lebih dari satu sehingga tidak menang tangan. Jika yang melangsungkan pernikahan itu adalah sanak saudara kita yang terdekat atau sahabat handai, biasanya kita akan turut sama mengiringi pengantin ketika majlis akad nikah diadakan untuk turut sama merasai saat-saat manis pasangan terbabit.


Nak Bercerai tetapi Nikah Tidak Sah Pulak..


Dalam kesibukan dan kemeriahan majlis pernikahan ini, saya teringat kepada satu kes yang baru sahaja diputuskan di Mahkamah Syariah di sini, iaitu kes berkenaan dengan pengesahan perceraian secara taalik talak. Fakta kesnya adalah isteri memohon perceraian kerana mendakwa suaminya telah melanggar syarat yang terkandung dalam taklik talak seperti tercatat di belakang Sijil Nikah pihak-pihak. Taklik talak ini biasanya dilafazkan oleh suami sebaik selepas selesai akad nikah.

Suami tersebut dalam pembelaannya menyatakan bahawa tiada sama sekali berlaku lafaz taklik talak kerana menurutnya pernikahan mereka pada tarikh tersebut adalah tidak sah. Apabila pernikahan tidak sah maka lafaz talak yang dibuat selepas itu juga tidak sah. Beliau turut mendakwa pernikahan mereka terpaksa dilakukan semula, 2 hari selepas akad nikah yang pertama dan kebetulan pula, tiada lafaz taklik talak dibuat selepas pernikahan kali kedua. Bagaimanapun pernikahan kali kedua tersebut tidak direkodkan dan tidak didaftarkan. Jadi, pasangan ini masih menggunakan Sijil Nikah yang asal, iaitu akadnikah kali pertama.


Bukti Rakaman Video...




Persoalannya adalah, apakah bukti menunjukkan pernikahan kali pertama mereka tidak sah. Mujur pihak suami masih menyimpan rapi bukti yang berupa rakaman video majlis akad nikah yang diambil sejak 10 tahun yang lalu dan ianya telah dikemukakan dalam perbicaraan. Apabila diteliti bukti yang dikemukakan saya amat terkejut kerana pernikahan kali pertama dianggap sebagai tidak sah kerana lafaz ijab dari Imam yang tidak ditentukan pengantin perempuan. Manakala lafaz qabul dari pengantin lelaki boleh disifatkan sebagai sempurna.

Dalam lafaz ijabnya, Imam menyatakan ..."Si Polan Bin Si Polan, Aku nikah akan dikau yang berwakil walikan saudaranya kepada aku dengan maskahwin.................tunai ". Jelas pada kita bahawa lafaz ini adalah tidak lengkap dan tidak sah. Lafaz ijab adalah lafaz yang berbentuk satu penawaran kepada pengantin lelaki untuk dinikahkan dengan pengantin perempuan. Tetapi dalam lafaz Imam di atas jelas, penawaran yang dibuat tidak sempurna kerana tidak ditentukan mana satu pengantin perempuannya yang ditawarkan kepada pengantin lelaki.

Peguam bijaksana yang mewakil pihak isteri cuba berhujah bahawa pengantin perempuan memang telah ditentukan iaitu melalui peminangan, merisik, perkenalan kedua pihak, perwakilan wali kepada Imam untuk mengakadnikahkan perempuan tersebut, tiada pasangan lain yang diakadnikahkan pada waktu yang sama dan lain-lain petunjuk. Namun hujah tersebut tidak boleh diambilkira kerana semuanya itu berlaku di luar majlis akad sedangkan yang menjadikan sesuatu akad itu sah atau tidak adalah pengantin perempuan hendaklah ditentukan dalam akad nikah tersebut. Malah menurut pandangan ulamak jika bapa menikahkan anaknya sendiri bernama Fatimah dengan lafaz ijab kepada bakal suami ....."Aku Nikah akan dikau dengan Fatimah"...yang tidak disebutkan Fatimah yang mana satu sama ada anaknya atau atau Fatimah yang lain, maka pernikahan ini juga tidak sah.

Dalam keputusannya YA Hakim telah memutuskan bahawa pernikahan pasangan ini adalah tidak sah dan lafaz taklik talak juga terbatal. Justeru kes ini di tolak oleh mahkamah.


Peranan Kita..


Daripada kes di atas, suka saya mengingatkan diri saya sendiri dan sesiapa sahaja yang biasanya akan hadir beramai-ramai di mahlis akadnikah. Ada yang hadir sebagai pengapit, jurumekap, saksi, jurukamera dan lain-lain lagi. Lazimnya apabila sampai kepada peringkat Imam akan mengakadnikahkan pengantin lelaki, para tetamu dan hadirin tidak mendengar dengan teliti lafaz Ijab sama ada dari Imam atau dari wali, sebaliknya kita sibuk menunggu lafaz qabul dari pengantin lelaki sahaja. Ya lah, Imam tu tentu tak buat silap.....hari-hari akadnikah orang kan. Pengantin lelaki pula biasanya akan gabra dan berpeluh-peluh semasa memegang tangan Imam...jadi sudah tentu mereka akan mudah membuat kesilapan. Tetapi kes ini telah memberi pengajaran supaya kita sama-sama turut meneliti lafaz ijab dari Imam kerana Imam juga manusia biasa dan kadang-kadang terdedah kepada kesilapan.

Lihat sahaja dalam kes ini, apabila kesilapan Imam itu hanya disedari selepas ahli keluarga berkumpul dan melihat kembali rakaman video majlis akadnikah mereka. Dan pada ketika itulah kesilapan Imam dapat dilihat dengan jelas yang membawa mereka kepada akad nikah kali kedua. Semasa majlis akad nikah yang dihadiri seramai berpuluh-puluh tetamu, malangnya tiada siapa yang menyedari kesilapan Imam tersebut termasuk 2 orang saksi akad nikah yang nama mereka tercatat dalam Sijil Nikah. Jelas, pencapaian manusia dalam teknologi sains ketika ini telah berjaya membantu mahkamah mebuat keputusan dengan adil. Hanya FIFA sahaja yang masih belum menerima bukti rakaman video dalam menentukan keputusan perlawanan seperti yang berlaku dalam pertemuan Perancis dan Ireland, apabila FIFA mengiktiraf kemenangan Perancis, walaupun bukti rakaman video menunjukkan dengan jelas bahawa Thiery Henry (Perancis) telah menyentuh bola tersebut dengan tangannya terlebih dahulu sebelum mengumpan kepada William Gallas untuk disudahi dengan gol.

Saturday, November 28, 2009

Keraguan Status agama Siti Hasnah


Siti Hasnah Vanggarama Binti Abdullah, satu nama yang kini menjadi sebutan lantaran timbul pertikaian berhubung dengan status agamanya. Beliau dilahirkan pada 13 Ogos 1982 di Keratong, Pahang. Bapanya seorang pekerja ladang, B Subramaniam dan ibunya bernama Latchumy Ramadu. Ketika dilahirkan, agamanya adalah Hindu dan ini tercatat di dalam sijil kelahirannya.

Beliau kemudiannya telah ditempatkan di Rumah Kebajikan Taman Bakti, Kepala Batas, Pulau Pinang setelah didapati sedang tidur di tepi jalan sekitar pekan Kepala Batas. Bagaimanapun, ketika umurnya mencecah 16 tahun, beliau telah melarikan diri dari Rumah Kebajikan tersebut dan ini menyebabkan semua dokumen pengenalannya turut tiada dalam simpanannya.

Pada tahun 2000, beliau bernikah dengan seorang lelaki yang beragama Hindu, beliau cuba mendaftarkan pernikahan tersebut, namun telah ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana dia didapati didaftarkan sebagai seorang yang beragama Islam. Sehingga kini pernikahannya masih gagal didaftarkan lagi.


Apa yang menjadi isu adalah beliau mendakwa bahawa beliau sama sekali tidak mengetahui mengenai status agamanya adalah Islam. Beliau mendakwa beliau beragama Hindu dan masih mengamalkan ajaran agama Hindu. Justeru, bagaimana pula pihak JPN boleh mendakwa terdapat di dalam rekod mereka bahawa dia adalah seorang Islam. Setelah diselidiki dengan pihak Rumah Kebajikan tersebut, dia didapati telah memeluk Islam ketika umurnya 7 tahun iaitu pada tahun 1989 iaitu ketika beliau berada di bawah jagaan rumah kebajikan tersebut. Satu salinan Sijil Memeluk Islam yang bertandatangan Siti Hasnah sendiri telah ditunjukkan kepadanya.


Kronologi kes ini saya ambil daripada Malaysiakini.com. Sekiranya berlaku kesilapan fakta, saya memohon maaf.


Isu-Isu


Apa yang jelas dari kronologi kes di atas, Siti Hasnah telah dilahirkan sebagai seorang Hindu tetapi kemudiannya telah memeluk Islam ketika zaman kanak-kanak. Menurut Per. 12 (4) Perlembagaan Persekutuan, sebagaimana yang pernah diputuskan dalam kes Suzie Teoh ( Teoh Eng Huat v. The Kadhi of Pasir Mas & Anor (1990) 1 CLJ ) bahawa seorang kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun tidak boleh ditukar agamanya kecuali oleh ibu atau bapanya sahaja.


Isunya adalah, jika dia memeluk Islam ketika berada di Rumah Kebajikan tersebut, tanpa pengetahuan dan keizinan dari ibubapanya, maka pengIslaman tersebut kemungkinan besar tidak diiktiraf sama sekali di sisi undang-undang negara dan beliau dianggap masih beragama Hindu. Dan yang lebih parah lagi, JKM sebagai salah satu agensi di bawah pentadbiran kerajaan juga boleh dituduh kemungkinan terlibat dalam pengIslaman Siti Hasnah, sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang negara.


Justeru, pihak JKM telah melakukan siasatan dan menurut laporan terkini dari JKM menyebut bahawa Siti Hasnah sebenarnya telah memeluk Islam bersama dengan bapanya sejak usianya setahun lagi iaitu sebelum beliau dimasukkan ke rumah kebajikan berkenaan. Ini menimbulkan kekeliruan kerana kenyataan ini bercanggah sama sekali dengan dokumen pemelukan Islam yang diserahkan kepadanya oleh pihak Rumah Kebajikan.


Jika benar dia memeluk Islam bersama-sama dengan bapanya ketika berumur setahun, maka keislamannya itu adalah sah di sisi undang-undang negara ini dan sehingga kini Siti Hasnah diiktiraf sebagai seorang Islam. Jika beliau mahu dirinya diisytiharkan sebagai seorang yang beragama Hindu, maka beliau terlebih dahulu perlu memohon kepada Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa untuk menentukan keIslaman seseorang. Kes Siti Fatimah Tan yang suatu ketika dulu telah menggemparkan negara boleh dijadikan rujukan.


Isu pemelukan Islam atau penukaran agama di kalangan kanak-kanak sebegini bukanlah isu yang baru di negara kita. Malah kes sebegini pernah dibicarakan di Mahkamah Sivil sendiri kerana ia melibatkan peruntukan berkenaan agama kanak-kanak sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Kes Suzie Teoh misalnya, di mana melibatkan seorang gadis bernama Suzie yang telah memeluk Islam ketika usianya 16 tahun tanpa kebenaran dari bapanya. Walaupun keIslamannya telah diiktiraf sebagai sah oleh Mahkamah Syariah (kerana ketika memeluk Islam, beliau telah mencecah usia baligh , namun Mahkamah Agung telah membuat keputusan sebaliknya kerana pengIslamannya bertentangan dengan Perlembagaan kerana ia masih berumur di bawah 18 tahun dan tidak direstui oleh bapanya. Akan tetapi, akidah gadis ini masih berjaya dipertahankan kerana pada ketika keputusan dibuat anak tesebut telah berusia lebih 18 tahun dan ia memilih untuk kekal dalam agama Islam. Walaupun Islam adalah agama rasmi Persekutuan namun, tafsirannya sangat sempit, dimana undang-undang Islam tidak dapat dilaksanakan dalam kes pengIslaman seorang kanak-kanak di negara ini.


Namun dalam kes Siti Hasnah ini, nampaknya dia memilih agama Hindu sebagai agamanya. Malah dia juga telah berkahwin dengan seorang lelaki beragama Hindu dan mempunyai 2 cahaya mata. Bagaimanakah kesudahan kes ini?






Monday, November 16, 2009

'Jihad Cinta'


'Strategi jihad cinta tak wujud'

Polis India nafi Muslim guna taktik perkahwinan untuk tarik gadis Hindu

KAHERAH: Polis India menafikan tuduhan penduduk Hindu bahawa masyarakat Muslim di negara itu menggunakan percintaan sebagai cara berjihad menarik mereka memeluk agama baru.
“Banyak pertubuhan Muslim menafikan sekeras-kerasnya wujud jihad cinta,” kata polis dalam satu laporan, kelmarin. “Mereka kata jika seorang wanita Hindu dewasa memutuskan untuk mengahwini lelaki Muslim, tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyekatnya. Itu bukan perkara baru dalam isu perkahwinan berlainan agama,” kata laporan itu lagi.

Perkara itu berbangkit selepas seorang lelaki Hindu menuduh belia Muslim memaksa anak perempuannya memeluk Islam sebagai syarat untuk berkahwin.
Isu itu mendapat liputan meluas di negara majoriti penduduk Hindu itu dengan media tempatan menggelarnya ‘jihad cinta.’

Bagaimanapun, wanita terbabit, Siljaraj menafikan laporan dia dipaksa suaminya memeluk Islam. “Jihad cinta tidak wujud. Saya mengahwininya dengan sukarela,” kata Siljaraj kepada wartawan di luar mahkamah tinggi Karnataka.

Kes itu menyebabkan masyarakat Muslim India menuduh media dan pihak berkuasa sengaja memperbesar-besarkan perkara tidak benar mengenai Islam. T Arifali, pemimpin Jamat e-Islami di Kerala, mendesak media tidak menyebarkan maklumat salah mengenai penduduk Muslim India. Katanya, jihad bermaksud berjuang melawan ‘maksiat’ dan tidak ada kena mengena dengan cinta. “Kini ada cubaan untuk menghina perkataan jihad itu sendiri dengan menyamakannya dengan cinta sedangkan Islam tidak menggalakkannya. Itulah tujuan cubaan yang disengajakan ini,” katanya. Jihad adalah antara konsep dalam Islam yang sering disalah tafsirkan oleh kalangan bukan Islam, lapor Islam Online. – Agensi


dari Berita Harian: Ahad, 15-11-2009.

Saturday, November 14, 2009

Dari laman Web JKSN Pulau Pinang-Sindiket Nikah di Yala



Makluman Sindiket Haram Perkhidmatan Nikah di Yala Thailand Melalui Hebahan di Laman Web JKSN/MSN Cetak



Wednesday, 11 November 2009

JKSN Pulau Pinang ingin memaklumkan kepada semua pengunjung laman web mengenai terdapatnya suatu sindiket haram yang menawarkan perkhidmatan Nikah di Yala Thailand yang mana pengiklanannya sedang giat dilakukan menerusi laman web agensi-agensi kerajaan khususnya di Jabatan Kehakiman Syariah. Salah satu saluran yang digunakan ialah menerusi ruangan komen atau maklumbalas secara atas talian yang mana mesej yang dihantar dapat dipaparkan kepada umum. JKSN Pulau Pinang ingin menegaskan di sini bahawa jabatan ini serta mana-mana JKSN/MSN di seluruh Malaysia tidak pernah memberi sebarang kebenaran untuk menyiarkan iklan tersebut dimana perkhidmatan nikah yang ditawarkan adalah melanggar undang-undang syariah di Malaysia. Jabatan ini juga meminta supaya orang awam tidak terpengaruh dengan khidmat yang ditawarkan semata-mata bagi mencari jalan pintas untuk berkahwin diluar negara. Jabatan memandang serius mengenai perkara ini serta memberi amaran keras kepada mereka yang terlibat yang menggunakan medium perkhidmatan atas talian untuk tujuan yang salah. Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya pihak-pihak yang terlibat berjaya dijejaki menerusi sistem pemantauan di jabatan ini. sekian. HARAP MAKLUM

Terakhir dikemaskini ( Friday, 13 November 2009 )

Monday, November 09, 2009

Taklik Talak Dalam Ba'iah PAS

Tajuk-tajuk utama akhbar tempatan dua tiga hari lepas dipenuhi dengan berita dan macam-macam komen berkaitan dengan bai'ah yang dikatakan diamalkan oleh wakil rakyat Pas sebelum diterima sebagai calon pilihanraya. Namun perkara tersebut seakan diakui kebenarannya kerana beberapa individu yang pernah menjadi calon PAS sendiri turut mengakui bahawa mereka sendiri pernah berbuat demikian.

Menurut akhbar Utusan Malaysia....

"Baiah ini akan diikrarkan oleh semua calon yang akan bertanding dalam pilihan raya di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri dan dilakukan bagi menjamin kesetiaan mereka yang telah dipilih.

"Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Mohd. Khairuddin Othman berkata, beliau sendiri pernah melakukan bai'ah semasa dipilih sebagai calon pilihan raya 2004 untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Paya Jaras tahun lalu.

Beliau berkata, bai'ah itu yang disediakan oleh Dewan Ulama Pas Pusat akan dibaca beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri sebelum pilihan raya berlangsung.

''Bai'ah itu antara lain berbunyi 'sekiranya kami mengkhianati parti maka akan tertalak tigalah isteri-isteri kami'," katanya ketika dihubungi di sini hari ini."



Antara yang memberi komen kepada isu ini adalah Dato Harussani, Dato Jamil Khir dan Prof Dato Mahmood Zuhdi. Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan baiah ini terutama dari segi moral pimpinan Pas yang mengutamakan ketaksuban kepada parti dari keluarga mereka sendiri. Malah ada penulis yang mengaitkan baiah ini sebagai menzalimi kaum wanita serta salah satu eksploitasi terhadap agama. Namun tidak ramai yang memberi komen tentang permaslaahan ini dari sudut Hukum Syarak secara terperinci.



Taklik Talak menurut Hukum Syarak

Menurut Hukum Syarak, baiah yang dilakukan ini adalah satu lafaz ta'alik talak iaitu perceraian yang tergantung kerana dikaitkan dengan sesuatu syarat. Jika syarat itu berlaku atau telah dilanggar maka talak akan jatuh serta merta. Ini seperti lafaz suami kepada isterinya: "Jika kau keluar dari rumah ini jatuh satu talak". Sekiranya selepas lafaz ini, isterinya bertindak keluar dari rumah yang dimaksudkan maka akan terjatuhlah talak ketika itu juga.



Inilah pandangan yang diterima oleh para ulamak muktabar termasuk Mazhab Syafii sendiri kerana mereka berhujah berdasarkan terdapat banyak nas-nas sama ada dari al-Quran dan Sunnah yang mewajibkan setiap orang Islam menunaikan janji masing-masing. Pada pandangan fuqaha, taklik talak diibaratkan seperti satu perjanjian yang dikaitkan dengan sesuatu syarat. Justeru, syarat tersebut mengikat pihak yang membuatnya iaitu suami. Maka jika suami sanggup meletakkan ungkapan "perceraian" dalam perjanjian tersebut semestinya perjanjian tersebut mengikat dirinya sendiri.


Dalam Kitab al-Majmu’, juz 17, hlm. 152
, disebutkan iaitu :-



“Apabila dita’alikkan talaq dengan sesuatu syarat yang tidak mustahil boleh berlaku seperti masuk ke dalam rumah @ kedatangan awal bulan, maka tergantunglah talak itu dengan syarat tersebut. Apabila berlaku syarat tersebut maka jatuhlah talak yang disebutkan itu (tanpa berhajat kepada lafaz talak yang baru)”




Amalan Taklik Talak di Malaysia

Terdapat komen-komen yang keras dan mencemuh bai'ah ini seolah-olah perkara berkenaan dengan talak ini sesuatu yang amat jijik dan tidak patut dihampiri oleh PAS. Hakikatnya, ta'alik talak ini telah menjadi amalan biasa di negara kita. Setiap pasangan Islam yang diakadnikahkan diwajibkan untuk membaca lafaz ta'alik talak yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Agama Islam negeri-masing-masing. Lafaz taklik talak itu biasanya tercatat di belakang Sijil Nikah masing-masing. Setakat yang saya maklum hanya Negeri Perlis sahaja yang tidak menguatkuasakan peraturan ini walaupun mereka mengiktiraf perceraian melalui taklik talak ini. Malah pernikahan yang dilangsung di Thailand juga diwajibkan berlafaz taklik. Jadi boleh dikatakan setiap pasangan atau individu yang berumahtangga di Malaysia sebenarnya telah pun melafazkan perceraian ke atas isteri masing-masing tetapi perceraian tersebut hanya akan berlaku apabila syarat yang terkandung dalam ta'alik itu dilanggar pada bila masa-masa sahaja. Tidak perlu takut dengan taklik talak ini jika kita yakin kita seorang yang bertanggungjawab terhadap isteri kita.

Ta'alik talak yang biasa diamalkan di negara ini dikaitkan dengan syarat seperti tindakan suami yang meninggalkan isterinya atau tidak memberi nafkah kepada isterinya selama tempoh tertentu. Selain itu, suaminya juga tidak boleh memudaratkan isterinya atau melakukan penganiayaan terhadap isterinya. Namun taklik talak yang diamalkan ini tidak menjadikan pihak isteri akan tertalak serta-merta apabila berlakunya perlanggaran terhadap syarat tadi, tetapi perceraian hanya akan berlaku selepas isteri membuat pengaduan kepada Mahkamah Syariah dan disabitkan pengaduan itu oleh pihak Mahkamah. Maksudnya para isteri masih mempunyai pilihan sama ada untuk meminta Mahkamah melaksanakan taklik talak ini atau tidak. Berbeza dengan taklik yang dibuat oleh PAS yang tidak memberi pilihan lain kepada para isteri.

Taklik Talak PAS

Menurut Utusan Malaysia:
''Bai'ah itu antara lain berbunyi 'sekiranya kami mengkhianati parti maka akan tertalak tigalah isteri-isteri kami',"



Berdasarkan petikan akhbar di atas, kita dapati syarat yang dikaitkan dengan talak ini adalah "mengkhianati parti". Bagi saya syarat ini sangat umum dan sukar dibuat tafsiran. Apakah yang dimaksudkan dengan sayarat mengkhianati parti itu? Apakah melompat parti atau melawan dasar yang ditetapkan parti? Berunding dengan UMNO? Contohnya jika pemimpin itu didapati melanggar disiplin parti dan diambil tindakan ke atasnya, jadi apakah itu juga termasuk dalam pengkhianatan terhadap parti? Tetapi saya yakin lafaz yang diberi oleh Khairudin kepada akhbar Utusan ini adalah tidak lengkap sepenuhnya kerana terdapat ramai alim-ulamak dalam PAS yang pastinya akan menyediakan lafaz taklik yang lebih terang, jelas dan mudah difahami.

Dalam lafaz taklik ini juga turut dikaitkan dengan perceraian talak tiga sekaligus. Hal ini juga perlu diteliti kerana walaupun di sisi mazhab Syafii, talak sebegini dianggap sabit dengan talak tiga berdasarkan pandangan Saiyidina Umar, namun terdapat pandangan lain yang semakin popular kerana mereka hanya mensabitkan perceraian talak tiga sekaligus ini dengan hanya satu talak sahaja sebagaimana diamalkan oleh Rasulullah. Tetapi berdasarkan kes-kes yang pernah diputuskan di Mahkamah Syariah, pandangan Imam Syafii yang diterima.



Ketaksuban??


Saya tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan taklik ini menunjukkan ketaksuban PAS kepada parti kerana perlu dibezakan antara ahli PAS dan wakil rakyat yang dipilih mewakili PAS. Taklik ini tidak diwajibkan kepada semua ahli PAS. Ahli PAS tidak terikat dengan baiah ini. Ahli PAS bebas keluar masuk parti. Justeru adalah tidak benar jika dikatakan taklik ini telah membawa kepada ketaksuban kepada parti kerana bukan semua ahli PAS diwajibkan membaca taklik tersebut. Hanya yang wajib bertaklik adalah calon yang bertanding dalam pilihanraya sahaja. Dengan kata lain mereka yang berbaiah ini adalah calon wakil rakyat. Itupun kerana mereka bukan sahaja mewakiili PAS tetapi mereka juga mewakili rakyat di tempat mereka. Mereka yang membuat tuduhan ini perlu meletakkan emosi di sebelah dan melihat fakta dengan tepat.



Mengkhianati Parti atau Mengkhianati rakyat

Kita tidak dapat lari dari kenyataan bahawa mana-mana wakil rakyat yang melompat atau mengkhianati parti sebenarnya mereka bukan sahaja bersalah terhadap parti sahaja tetapi mereka juga mengkhianati rakyat yang mengundi mereka. Ini kerana mereka dipilih sebagai wakil rakyat kerana pengundi yakin dengan kewibawaan dan kekuatan parti yang diwakilinya. Jika ia melompat parti bererti ia telah menipu beribu-ribu pengundi di kawasannya.

Apa yang saya faham dari taklik ini adalah PAS sangat mementingkan integriti setiap wakil rakyatnya. Mereka tidak mahu wakil rakyat yang sangup membelot. Ini selari dengan aspirasi rakyat. Rakyat juga tidak mahu serta marah jika wakil rakyat mereka membelot atau melompat parti. Melalui taklik ini juga bererti PAS menjaga hak pengundi. Para pengundi tidak perlu risau dengan kredibiliti wakil rakyat PAS kerana mereka telah mengikat baiah yang kukuh. Pengundi-pengundi akan rasa sangat berbaloi memilih mereka kerana ada jaminan yang kukuh bahawa mereka ini tidak akan mengkhianati mereka. Apa yang jelas dari taklik ini, PAS nampaknya mahukan setiap wakil rakyat yang bertanding atas tiketnya mesti bertanggungjawab dan beramanah terhadap parti yang diwakilinya dan pengundi yang mewakilinya. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Taklik Talak ini adalah undang-undang anti lompat parti versi PAS.

Jadi pada asasnya, taklik talak ini adalah mempunyai tujuan baik dan bukannya hendak menganiaya sesiapa cuma mungkin agak melampau kerana mempertaruhkan kebahagiaan rumahtangga sendiri demi rakyat. al-Quran sendiri memerintahkan kita agar bergaul dengan para isteri secara makruf. Tetapi dengan taklik talak yang sebegini, jelas tidak menunjukkan bahawa para bakal wakil rakyat PAS itu menggauli isteri mereka dengan baik terutamanya kerana isteri mereka akan tertalak tiga sekaligus. Talak tiga sekaligus sebegini hukumnya adalah haram (talak Bid'i) tetapi talak masih sah. Justeru adalah diharapkan, amalan ini dapat dihentikan dan pendekatan baru perlu diperkenalkan.

Perlunya Undang-Undang Anti Lompat Parti

Setiap wakil rakyat PAS sanggup mempertaruhkan keluarganya untuk rakyat Malaysia yang mengundi mereka. Inilah pengorbanan mereka untuk anda semua. Ia bukannya semata-mata untuk kepentingan PAS sahaja. Tetapi jika cara ini dianggap keterlaluan maka cara dan pendekatan baru perlu dilaksanakan. Mungkin sudah tiba masanya undang-undang anti lompat parti dikuatkuasakan di negara ini. Dengan itu, masalah pengkhianatan dan lompat parti di kalangan wakil rakyat ini akan selesai dan tiada lagi baiah seperti ini.


Thursday, November 05, 2009

Kes-Kes Kesahtarafan Anak


Sejak kebelakangan ini, kes-kes berkaitan permohonan pengesahtarafan anak bagi pasangan-pasangan Islam semakin banyak dibicarakan di Mahkamah Syariah. Menurut statistik terbaru yang dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penbangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan, Wan Ubaidah Omar bahawa seramai 700 orang anak luar nikah atau anak tidak sah taraf didaftarkan di Kelantan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini. Tetapi apa yang lebih mengejutkan lagi adalah kenyataan beliau yang memetik sumber dari Jabatan Kebajikan Msyarakat menunjukkan masalah anak luar nikah di negeri ini adalah yang TERENDAH berbanding negeri lain. Daripada statistik di atas, tidak dijelaskan lebih lanjut sama ada jumlah tersebut hanyalah melibatkan pasangan yang beragama Islam sahaja atau termasuk juga yang bukan Islam.


Pendaftaran Kelahiran di JPN

Minggu lepas sahaja lebih kurang 3 pasangan yang datang untuk mendapatkan khidmat nasihat guaman kami bagi membantu mereka mengemukakan Permohonan Pengesahan Taraf Anak di Mahkamah Syariah. Menurut mereka lagi, mereka terpaksa mengemukakan permohonan ini kerana pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menolak pendaftaran anak mereka sebagai anak sahtaraf kecuali Mahkamah Syariah sendiri mengeluarkan perintah bagi mengesahkan status anak mereka.

Daripada temubual kami dengan mereka, didapati sejak 2 tahun kebelakangan ini, pihak JPN begitu tegas dalam mengendalikan pendaftaran kelahiran bayi. Sebarang keraguan terhadap Sijil Nikah anda, akan dapat dikesan oleh pegawai yang berkenaan dengan cepat dan pasti akan menjejaskan pendaftaran kelahiran bayi anda. Sebelum ini, JPN menggunakan pendekatan yang lebih longgar dan mudah dalam proses pendaftaran kelahiran bayi. Ini jelas apabila data kami menunjukkan bahawa terdapat beberapa pasangan yang memohon pengesahtarafan anak ini adalah pasangan yang telah berkahwin hampir 10 tahun yang lalu dan tidak menghadapi sebarang masalah untuk mendaftarkan kelahiran bayi mereka sebelum ini di JPN, namun mereka menghadapai kesulitan untuk mendaftarkan anak mereka yang baru dilahirkan dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini.

Berdasarkan kes-kes yang pernah dikendalikan, biasanya kes kesahtarafan ini berkait rapat dengan status pernikahan pasangan tersebut sama ada sah, tidak sah atau diragui dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 3 kategori seperti berikut::

1. Pernikahan Sindiket

Pasangan seperti ini telah diakadnikahkan oleh seorang jurunikah palsu atau jurunikah tidak bertauliah di Malaysia. Jurunikah ini juga telah mengeluarkan kepada mereka sijil nikah yang palsu tetapi bentuknya seakan menyamai sijil nikah yang asli seperti mana yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama. Anak pertama dan kedua mereka berjaya didaftarkan sebagai anak yang sah kerana pada ketika itu JPN mungkin tidak dapat mengesan kepalsuan sijil nikah tersebut. Namun apabila memperolehi cahaya mata ketiga setahun yang lalu, pihak JPN telah berjaya mengesan Sijil Nikah mereka adalah palsu , justeru anak ketiga mereka tidak boleh didaftarkan sebagai anak yang sah walaupun kedua-dua anak mereka sebelum ini adalah didaftarkan sebagai anak yang sah.

2. Pernikahan Di Thailand

Pasangan seperti ini telah melangsungkan pernikahan di Thailand. Apabila balik ke Malaysia, pernikahan mereka masih belum didaftarkan lagi, tetapi mereka pula telah memperolehi anak. Mereka akan menghadapi masalah untuk mendaftarkan kelahiran anak mereka sebagai anak yang sah kerana pihak JPN tidak menerima Sijil Nikah Thailand sebagai bukti pernikahan mereka kecuali pernikahan itu disahkan oleh Mahkamah Syariah. Lebih malang lagi jika, setelah siasatan dilakukan didapati pernikahan tersebut adalah tidak sah di sisi Hukum Syarak.

3. Pernikahan selepas mengandung

Pasangan seperti ini akan menghadapi masalah untuk mendaftarkan kelahiran bayi mereka sebagai anak yang sah jika anak mereka dilahirkan dalam tempoh kurang daripada 6 bulan selepas tarikh pernikahan. Terdapat juga pasangan yang gagal mendaftarkan kelahiran anak mereka walaupun anak mereka dilahirkan dalam tempoh melebihi 6 bulan dari tarikh pernikahan tetapi kurang dari 9 bulan kerana mungkin dikhuatitiri anak tersebut telah diperolehi melalui penzinaan sebelum pihak-pihak diakadnikahkan.


Penyelesaian:

Bagi jenis kes pernikahan sindiket dan pernikahan di Thailand, Mahkamah akan menerima anak-anak ini sebagai anak yang sahtaraf jika pasangan tersebut dapat meyakinkan Mahkamah bahawa pernikahan mereka itu sememangnya pernikahan yang sah.

Namun jika didapati pernikahan tersebut tidak sah , ia bukanlah penamat segala-galanya kerana mahkamah masih mengiktiraf anak ini sebagai anak yang sah asal sahaja pasangan ini secara sucihati langsung tidak menyedari bahawa pernikahan mereka adalah pernikahan sindiket atau pernikahan yang tidak sah kerana tidak memenuhi Rukun Nikah. Persetubuhan yang mereka lakukan ketika itu tidak dianggap sebagai satu penzinaan tetapi di terima sebagai "wat'i syubhah".

Bagi kategori kes ketiga pula, ia agak sukar dijangka keputusannya kerana terdapat pelbagai pandangan mengenai isu ini. Di kebanyakan negeri, telah dimasukkan ke dalam Undang-Undang keluarga Islam masing-masing bahawa anak yang dilahirkan selepas 6 bulan pernikahan pihak-pihak adalah anak yang sah kepada pasangan itu. Jadi, jika anak tersebut dilahirkan dalam tempoh 6 bulan beberapa hari atau 7 bulan selepas pernikahan mereka adalah memadai untuk anak tersebut diktiraf sebagai anak yang sah melainkan bapanya menafikan secara 'lian'.

Uniknya, di negeri Perlis, walaupun undang-undangnya hanya mengiktiraf anak yang sah adalah anak yang lahir 6 bulan selepas pernikahan ibubapanya namun Mufti Perlis sebelum ini dilaporkan pernah mengeluarkan fatwa bahawa anak yang dilahirkan kurang 6 bulan dari tempoh pernikahan ibubapanya diterima layak dinasabkan dan diiktiraf sebagai anak yang sahtaraf asalkan ibubapanya bersungguh-sungguh mahu bertaubat. Persoalannya, apakah fatwa ini mengikat Mahkamah Syariah dalam keputusannya kerana di dalam Undang-undang tiada peruntukan seperti itu. Jika fatwa ini diterima pemakaiannya, bagaimana pula pertimbangan Mahkamah dalam menilai taubat seseorang. Dalam kes Kahar rasul palsu, jelas Mahkamah tidak dapat menerima pengakuan taubat beliau walaupun kenyataan taubat tersebut dibuat secara bersumpah. wallahu alam.

Friday, July 31, 2009

Ya Muqalliba al-Qulub

Alhamdulillah..bertemu kembali setelah setelah sekian lama tersibuk dengan urusan lain. Kebelakangan ini, Mahkamah Syariah Negeri Kedah telah mula menerima kes-kes permohonan murtad terutamanya di kalangan saudara baru yang mahu mereka diisytiharkan sebagai seorang yang bukan Islam. Kami, di kalangan para peguam telah beberapa kali bermesyuarat untuk menangani situasi ini, dan akan mengambil tindakan susulan nanti demi kebaikan agama Islam dan institusi Mahkamah Syariah. Kisah perjuangan umat Islam Tanah Melayu yang syahid kerana mempertahankan aqidah seorang gadis Belanda bernama Natrah di Singapura telah menjadi pembakar semangat kami. Dan dalam sibuk-sibuk mencari maklumat...terjumpa pula artikel ini walaupun sudah lama namun perlu disiar kembali bagi menunjukkan betapa kuasa Allah yang mampu memberi hidayah kepada sesiapa sahaja hatta hatinya yang paling keras menentang Islam.


Shive Prasad Demolished Babri Masjid That Day -

Seeks Forgiveness Today !

Source: http://www.jamiat.org.za/whatsnew/babri_prasad.html

Ayodhya - Dec. 6, 1992

Among the fears of lakhs [hundreds of thousands] of Kar Sevak who had gathered to demolish the Babri Masjid , few furiously climbed on the majestic minaret of the mosque. The most important among the few were Shive Sainik. A resident of Faisabad, where Ayodhya is situated, Shive Prasad was the captain of Bajrang Dal. He was given the responsibility to guide four thousand Kar Sevak in the demolition of mosque.

It was he who gave training to four thousands of people under him, on how to carry the demolition. On seeing the majestic minarets of the mosque come down Captain Prasad was overjoyed and shouted the "Ram! Ram!" This happened seven years ago.

On Dec. 6 ,1999 the same Shive Prasad was seeking forgiveness from Allah for his cruel act seven years back. This 6 Dec.1999 he was fasting (non-obligatory) and regretting for the act with tears and was seeking forgiveness from Allah in his prayers. Yes ! Shive Prasad has embraced Islam. He has changed his name to Mohammed Mustafa. One will be moved to learn how he embraced Islam.

This change in Shive Prasad's heart was published by Malayalam News (7.12.99) issued by "Arab News Publications" in Saudi Arabia. Shive Prasad's father Trigal Ramanathan was chief among the heads of Sangh Parivar. His whole family was actively involved in demolishing the Babri Masjid.

Soon after the demolition of the mosque, Shive prasad felt a depression in his heart. He had no peace of mind. He felt that he had committed a great sin. In 1997 he went to Sharjah in order to seek employment. But even at work his mind was restless.

On Dec. 4, 1998 as he was walking along the streets of Sharjah, he happened to hear a speech before Friday prayer held in a mosque which was in Hindi. When he heard the speech, which he felt was something different. He wanted to listen the complete speech. That message about Allah created a revolution in his rest less mind. He continued to listen to such speeches thereafter. The revolution in his heart was completed.

All praise be to Allah ! Allah has shown him the right path. He has forfeited the ignorance and chosen the righteous path. When Shive Prasad embraced Islam he was driven out by his family members who were strong RSS activists. He is praying to God that his family members should also choose the righteous path as he did. Shive Prasad says that among those who led the demolition on the spot were Ashok Singhal and Advani. On the day of demolition the police and CRPF connived with the leaders of BJP, Bajrang Dal and RSS. Both these law enforcing agencies greatly helped in the demolition.

He recalls that on that day Ashok Singhal dressed himself in military uniform and gave orders. He also recalls, soon after the demolition of the mosque they entered the muslim areas in the Faisabad and shouted "Jai Shriram". Now, Shive Prasad is receiving continuous threatenings from RSS, BJP and Bajrang Dal. Sangh Parivar has threatened to kill if he returns to India. But Mohammed Mustafa (Shive Prasad) says firmly that he will never turn away from Islam - the righteous path even if death comes his way.

Having learnt 17 Surahs in the Holy Qur'an, he is anxious to complete learning the whole of the Holy Qur'an. His ambition is to become a true Islamic preacher and and bring ignorant people to light. If Allah wishes, his ambition will be fulfilled and the very same hands which demolished the Babri Masjid will built up again.

Wednesday, May 20, 2009

Transformasi

Transformasi dunia Islam dan Barat...AS lebih sinonim dengan American Idol. Mesir sebuah negara yang produktif melahirkan para ulama Islam di seluruh dunia... lebih sinonim dengan hukum haram bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Tapi itu mungkin cerita lama.....


AS haramkan bersalaman, High Five

WASHINGTON 17 Mei - Tradisi bersalaman ketika majlis penganugerahan diploma dan kelakuan menepuk tangan high five ketika menyaksikan pertandingan sukan diharamkan di Amerika Syarikat (AS).

Pengharaman itu ekoran kebimbangan wabak selesema pandemik berada pada tahap tinggi, tetapi ia akan ditarik balik secara berhati-hati.

Bukan sahaja high five tetapi semua perbuatan yang seumpamanya diharamkan sejak dua minggu lalu oleh Pertubuhan Besbol Rockville dan menyarankan supaya ia digantikan dengan memberi tepukan kepada pasukan lawan.

Saranan itu dikeluarkan sehari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran wabak selesema A (H1N1) yang bermula di Mexico telah merebak seperti api yang marak dan adalah virus pandemik.

"Apabila perkataan 'pandemik' digunakan, ia akan menjadi perhatian kepada orang ramai," kata jurucakap untuk Universiti Negeri Wichita di Kansas, Joel Kleinsasser.

Sejak dua minggu lalu, universiti berkenaan tidak lagi mengamalkan tradisi berjabat tangan ketika menerima diploma dalam majlis penganugerahan. - AFP


Mesir anjur Islamic Idol

KAHERAH 17 Mei - Api tersembur keluar dari pentas utama dan kabus mengelilingi seorang lelaki muda berjubah sebelum dia menghampiri mikrofon dan merenung serius ke arah kamera dan memulakan nyanyian yang diiringi alunan irama gendang.

"Saya mengakui Allah sebagai Tuhan, agamaNya sebagai anutanku, dan PesuruhNya sebagai ikutanku," demikian lirik nyanyian yang didendangkan di depan penonton yang dipisahkan antara lelaki dan wanita.

Pemuda ini adalah seorang peserta dalam rancangan realiti format American Idol versi Islam yang dilancarkan bagi mencari dan mempromosi bakat untuk saluran video berunsur Islam yang pertama dalam dunia Arab.

Stesen televisyen satelit, 4shbab yang membawa maksud 'Untuk Pemuda-pemudi' adalah hasil buah fikiran petugas media Mesir, Ahmed Abu Heiba yang menegaskan misinya adalah untuk menyebarkan mesej bahawa orang Islam juga boleh menjadi moden dan berhubung dengan dunia hari ini.

"Sebelum ini, kita gagal menyebarkan mesej ini. Apa yang saya cuba lakukan adalah menggunakan bahasa universal muzik untuk menunjukkan rupa sebenar Islam," kata Abu Heiba semasa ditemuramah baru-baru ini.

Saluran baru yang dilancarkan pada Februari dan dapat ditonton di negara-negara Arab adalah satu usaha untuk menarik perhatian anak muda yang lebih mementingkan agama dan pada masa sama, berdepan pengaruh pop Barat. - AP


Wednesday, April 22, 2009

Penyelesaian Pertambahan Anak Luar Nikah

Di dalam Majalah al-Islam edisi Mei 2009 yang baru saya baca, terdapat satu ruangan E-mel yang memberi peluang kepada Dr Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis) untuk menjawab pelbagai persoalan yang berkaitan dengan ummah. Menariknya pada ruangan kali ini, Dr Asri menjawab isu mengenai penyelesaian lambakan anak luar nikah. Ya memang berlambak-lambak bilangan anak luar nikah ini, kalau tidak percaya lihat sahaja statistik yang didedahkan oleh akhbar Kosmo (klik di sini) atau di sini dan sini.

Jika kita meneliti dari data yang diberikan sejak tahun 2000 sehingga Julai 2008 ini bermakna statistik ini melibatkan tempoh masa selama 103 bulan atau 3090 hari (103 X 30).

Justeru, secara purata terdapat 2,500 kes anak luar nikah setiap bulan yang didaftarkan (iaitu 257,411 ÷ 103) secara rasmi di Jabatan Pendaftaran Negara, dan 83 kes setiap hari. Ini juga bermakna dalam setiap 17 minit dan 17 saat JPN akan menerima satu pendaftaran kelahiran anak luar nikah.

STATISTIK PENDAFTARAN KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH (1999-2003)
*Sebanyak 30,978 dari 70,430 adalah anak orang Islam

Pecahan mengikut negeri

SELANGOR = 12,836 orang
PERAK = 9,788 orang
KUALA LUMPUR = 9,439 orang
JOHOR = 8,920 orang
SABAH = 8,435 orang
NEGERI SEMBILAN = 4,108 orang
PAHANG = 3,677 orang
KEDAH = 3,496 orang
PULAU PINANG = 3,412 orang
MELAKA = 2,707 orang
KELANTAN = 1,730 orang
PERLIS = 691 orang
SARAWAK = 617 orang
TERENGGANU = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang

Sumber: Kosmo


Justeru Dr Asri mencadangkan penyelesaiannya iaitu anak-anak luar nikah boleh dibinkan dengan bapanya (biological father) walaupun anak ini dilahirkan kurang daripada 6 bulan pernikahan ibubapanya. Menurut beliau lagi, perkara ini telah dilaksanakan di negeri Perlis kerana semasa beliau menjadi Mufti Perlis sebelum ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri yang dipimpin oleh beliau sendiri telah mengeluarkan fatwa yang membenarkan anak luar nikah dibin atau dibintikan dengan bapa biologinya.

Nampaknya penyelesaian yang dicadangkan ini sangat mudah. Ya lah apabila semua anak walaupun yang diperolehi luar nikah atau melalui penzinaan boleh dibinkan dan dinasabkan kepada bapanya yang penzina maka dengan sendirinya statistik kelahiran anak luar nikah akan menurun malah mungkin menjadi sifar. Berkemungkinan besar suatu hari nanti istilah anak luar nikah atau anak zina ini pun sudah tidak wujud lagi.

Begitu juga apabila semua negeri-negeri lain di Malaysia memperketatkan peraturan poligami hingga menyebabkan banyak pasangan yang pergi bernikah di Thailand. Maka negeri Perlis melonggarkan syarat poligami dengan tujuan mengelak pernikahan di Thailand. Statistik pernikahan poligami di Thailand memang akan menurun tapi masalah ketidakadilan dan ketidakmampuan dalam berpoligami terus meluas. Sama juga dalam kes khalwat, oleh kerana begitu banyak kes khalwat di Malaysia maka mantan Mufti ini mencadangkan kepada pihak Penguatkuasa Agama agar berhenti dari menyerbu bilik-bilik hotel kerana Islam melarang tajassus. Maka akan berkuranganlah umat Islam yang ditangkap khalwat walaupun mereka sebenarnya memang sedang melakukan maksiat di dalam bilik hotel tersebut.

Penyelesaian hanya bersikap kosmetik seperti ini tidak akan membantu menyelesaikan masalah sebenar. Persoalan begitu ramai anak zina menunjukkan bahawa masyarakat kita sudah semakin nipis keimanannnya dan mungkin akan timbul masyarakat yang kucar-kacir kerana tidak tahu keturunan sebenar. Sepatutnya penyelesaian yang dicadangkan adalah bagaimana kita hendak memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya anak-anak muda agar tidak terjebak ke dalam maksiat dan pergaulan bebas sehingga melahirkan zuriat yang tiada bapa. Mereka perlu diberitahu bahawa anak itu tidak bersalah sebaliknya ibubapa yang bertanggungjawab. Ringkasnya, penyelesaian yang dicadangkan oleh negeri Perlis ini tidak dapat menyelesaikan masalah sebenar tetapi hanya menyelesaikan masalah statistik sahaja.

Apa yang lebih mendukacitakan juga adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Negeri Perlis itu juga sebenarnya boleh dipertikaikan kerana tidak diambil dari nas dan sandaran yang kukuh. Fatwa tersebut seolah-olah mengiyakan dan membenarkan stigma masyarakat sebelum ini bahawa anak luar nikah ini kotor dan jijik serta tidak boleh mendapat tempat dalam masyarakat. Perkara ini Insya Allah akan diulas dalam posting yang akan datang.

Friday, April 17, 2009

Idola....

Mentari Merah Di Ufuk Timur

Ada Yang Tertinggal Setelah Terbenam Mentari
Ada Yang Tertinggal Setelah Kering Air Di Kali
Alam Telah Meyakinkan Kau Mesti Pergi Kau Mesti
Alam Telah Meyakinkan Kau Mesti Kembali
Bagai Yang Telah Dijanjikan...Ilahi
Ada Yang Tertinggal Setelah Musnah Semua Mimpi

Kekal Selamanya Cintaku Dengan Cahayamu
Kekal Selamanya Segar Dalam Ingatan ku
Lemas Dalam Rindu Tenggelam Dalam Tangisan
Engkau Telah Pergi Tapi Masih Ada
Yang Kau Tinggalkan Dalam
Kalbuku...

Yang Tinggal..... Aku

Lagu: Search


Mungkin sudah hampir beratus kali aku dengar melodi indah lagu ini. Ya..sejak usia belasan tahun lagi terutamanya di zaman remaja semasa masih di asrama SMKA Alawiyah Arau bersama Tok Awang dan kawan kawan yang lain. Masa tu sapa yang tak kenal dengan Amy Search kira macam budak-budak zaman sekarang tak kenal Mawi la. Pada waktu itu..Aku suka lagu ni sebab petikan gitarnya sungguh syahdu dan sangat dramatik. Mungkin sebab dulunya aku terlalu suka mendengar lagu ini ... sampai kini liriknya masih segar dalam ingatan. Apa yang aku taip di atas tu sebenarnya adalah hasil ingatan aku sendiri yang original sejak 20 tahun yang lalu. Tanpa merujuk kepada mana-mana sumber lain. Aku gerenti kalau salah pun mungkin satu dua perkataan sahaja. Tapi tu zaman dulu...lepas dah berkeluarga ni aku dah lupakan dah lagu-lagu rock ni....sakit telinga.

Kemudian bila Amy menyanikan semula lagu ini dengan kumpulan Rabbani. Aku pun mula hairan ..apa kena pulak lagu rock kapak ni ...Rabbani buat rentak nasyid pulak. Ada unsur ketuhanan ka dalam lirik lagu ni... Mungkin pasai waktu maghrib kut.

Tapi...tapi... tapi.... aku sebenarnya tak pernah faham apa yang tersirat di sebalik lirik lagu ini. Kini bila terbaca laporan akhbar bahawa AMY Search menyanyikan lagu ini di hadapan Tok Guru Nik Aziz semasa satu program di Kelantan dan menurut Amy juga lagu ni ditujukan khas untuk Tok Guru (klik sini) ...... maka aku pun cuba ingati kembali bait-bait lagu ini ....dengan penuh khusyuk.... dan akhirnya barulah aku faham begitu besar mesej yang dibawa dalam lagu ini. Tak sangka dalam lagu rock macam ni pun boleh sampaikan dakwah.

Memang lagu ini cukup sesuai ditujukan kepada Tuan Guru sebab beliau sentiasa berpegang teguh dengan prinsipnya walau dunia mengalami pelbagai perubahan....walau dia dilonggokkan dengan pelbagai kesenangan dan kemewahan...pangkat dan darjat namun Tok Guru tetap macam tu...rumahnya, pakaiannya, cara hidupnya terus kekal dalam keadaan yang sungguh sederhana. Di akhir lagu ini penulis lirik ini bertanya pada dirinya sendiri adakah dia mampu menyambung perjuangan Tok Guru setelah Tok Guru meninggalkan kita.

Tuesday, March 31, 2009

Malaysia Bila Lagi....

Denda berseluar londeh di Amerika

FESYEN berseluar londeh sehingga menampakkan seluar dalam atau boxer mungkin tidak lagi boleh digayakan di Tennessee, Amerika Syarikat setelah satu rang undang-undang yang mengharamkan pemakaian seluar jenis itu telah diluluskan oleh jawatankuasa kecil perundangan negeri itu.

Malah, sesiapa yang didapati melanggar `Undang-undang Seluar Londeh' itu akan dikenakan denda sehingga AS$1,000 (RM3.500) dan wang tersebut akan disalurkan untuk membeli bekalan peralatan sekolah termasuk buku dan peralatan sukan.

Ekoran itu, seorang wakil Demokrat dari Memphis, Karen Camper menuduh rakan-rakan sekerjanya termasuk Joe Town yang juga wakil Demokrat Memphis, cuba menggubal undang-undang fesyen yang disifatkan akan menyebabkan remaja lebih cepat mencipta kesalahan kecil dalam sejarah hidup mereka.

“Soalan saya apakah sebenarnya hala tuju dan harapan terhadap pengubalan undang-undang ini?” tanya Camper kepada rakan-rakan Demokratnya termasuk Town.

“Ini tidak ada kena mengena dengan fesyen, sebaliknya ia berkaitan kesopanan dan kebersihan,'' tegas Town.

Undang-undang yang telah diluluskan oleh jawatankuasa kecil itu, kini telah dibawa ke Jawatankuasa Badan Kehakiman.- Agensi

Friday, March 06, 2009

Mahkamah Syariah Menyusahkan Wanita??

Petikan tulisan Dr Asri Zainal Abidin beberapa minggu lepas yang dipetik dari Mstar Online:

"Kita hendaklah jelas bahawa yang patut dikritik bukan hukam-hakam Islam, tetapi kerenah pengurusan atau birokrasi mereka yang diamanahkan menguruskan urusan orang Islam, terutama mahkamah yang dinamakan syariah yang menyusahkan wanita, menangguhkan kes-kes talak bertahun lamanya, yang sempit dalam pemikiran hukum, menyusahkan urusan perkahwinan yang halal dan lain-lain kerenah sehingga yang halal begitu sukar dicapai dibandingkan yang haram.

Salah urus perkara-perkara ini yang menzalimi hak umat Islam yang berkaitan urusan rumahtangga; lelaki dan wanita.

Sehingga Islam menjadi kabur dan wanita menjadi prejudis dengan hukum-hakam syarak. Betapa ramai kaum wanita yang menghantar email dan surat kepada saya menceritakan kekecewaan mereka terhadap pengurusan yang bernama syariah. Mereka sebahagiannya termasuklah yang baru menganut Islam.

Pun begitu, kita lihat di Malaysia, ada jawatan-jawatan baru yang kurang perlu diwujudkan demi memberi tempat kepada ‘orang agama’ yang pencen. Sesiapa yang memerhati, akan dapat melihatnya. Ini berlaku, termasuk di badan-badan keagamaan yang penting termasuk kehakiman."

Ini pula petikan tulisan beliau yang disiarkan sekitar tahun 2006 atau 2007 yang disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia:

Kes-kes isu talak yang tertangguh perbicaraannya sampai bertahun-tahun masih berterusan kita dengar sehingga hari ini. Walau apa pun alasan yang cuba diberikan oleh Mahkamah Syariah, ia pada hakikatnya tidak lebih dari kezaliman terhadap wanita. Sama ada disebabkan kongkongan kesempitan pemikiran hukum atau pengurusan yang kurang kualiti atau tenaga yang dibekalkan tidak mencukupi. Sehingga kadangkala susah benar nampaknya untuk dipisahkan isteri daripada suaminya sekalipun ternyata kemudaratan telah berlaku. Padahal pada zaman Nabi isteri Thabit bin Qais datang menemui Nabi lalu berkata: Wahai Rasulullah! Aku tidak mempertikaikan Thabit bin Qais di sudut akhlak dan agamanya. Namun aku membenci kekufuran dalam Islam. Maka Rasulullah pun bersabda: Mahukah engkau mengembalikan kebunnya? Jawabnya: “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda kepada Thabit: Ambillah kebunmu dan talakkanlah dia (Riwayat al-Bukhari).


Adalah sangat tidak patut apabila seorang yang diberi peluang untuk menulis di dalam dada akhbar terus menghentam dan melempar pelbagai tuduhan negatif terhadap institusi Mahkamah Syariah tetapi dalam masa yang sama gagal sama sekali dibuktikan dengan data dan fakta. Sepatutnya sebelum mahu menuduh Mahkamah Syariah sebagai zalim dan sempit pemikiran beliau perlu menliti angka-angka yang diberi oleh pihak berkuasa seperti yang dilaporkan oleh pihak yang berautoriti dan bukan hanya sekadar melayan email-email peribadi yang dihantar kepadanya.


Mengikut statistik di atas, setiap tahun tidak kurang dari 10,000 pasangan suami isteri Islam yang bercerai. Pada setiap sejam terdapat 2 pasangan Islam yang bercerai. Pada tahun 2004 sahaja seramai 16,509 pasangan Islam yang bercerai dan angka tersebut menurun sedikit pada tahun 2005 apabila hanya 13465 pasangan Islam yang didaftarkan bercerai.

Namun data yang terbaru diperolehi lebih mengejutkan, apabila Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim telah menyatakan ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada 2 Mac 2009 yang lalu (Rujuk Laporan di bawah: Utusan Malaysia 3 Mac 2009) menunjukkan peningkatan yang ketara apabila sebanyak 75,299 kes perceraian telah direkodkan di seluruh negara pada tahun 2007 dan 2008 termasuk kes-kes tertunggak sebelumnya. Daripada jumlah itu Johor mencatat jumlah tertinggi iaitu 2023 kes dan Perlis mencatat angka terendah iaitu 24 kes sahaja.

Kes cerai kini mencecah 75,299

KUALA LUMPUR 2 Mac – Sebanyak 75,299 kes perceraian direkodkan di seluruh negara pada 2007 dan 2008 termasuk kes-kes tertunggak bagi tahun-tahun sebelumnya.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 64,631 kes dicatatkan pada 2007 yang turut melibatkan tunggakan kes tahun-tahun sebelumnya, manakala sebanyak 10,668 kes dilaporkan tahun lalu.

Jumlah kes perceraian itu didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, daripada keseluruhan kes pada tahun lepas, Johor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 2,023 kes manakala catatan terendah ialah di Perlis iaitu 24 kes.

Menurut Mashitah, antara punca perceraian ialah tiada persefahaman dalam menguruskan rumah tangga, suami atau isteri terbabit dengan hubungan orang ketiga dan poligami.

‘‘Selain itu, wujudnya campur tangan keluarga secara berlebihan dan tekanan bebanan kerja sehingga masa untuk bersama keluarga diabaikan,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd. Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mashitah berkata, jumlah kes perceraian di negeri lain pada 2008 ialah Kedah sebanyak 1,561 kes, Kelantan (1,386), Selangor (1,138), Perak (1,081), Terengganu (881), Melaka (675), Sarawak (571), Pahang (524), Wilayah Persekutuan (380), Sabah (346) dan Negeri Sembilan (78).

Katanya, bagi menangani masalah membabitkan perceraian, kerajaan menubuhkan sulh di setiap mahkamah Syariah bagi menyelesaikan isu di peringkat awal sebaik saja difailkan di mahkamah.

Menjawab soalan tambahan Mohd. Jidin sama ada hanya mahkamah dibenarkan membuat keputusan mengenai perceraian, Mashitah berkata, ia wajib dilakukan di mahkamah untuk mengelak berlakunya penganiayaan kepada mana-mana pihak.

‘‘Lafaz perceraian wajib difailkan di dalam mahkamah untuk mengelakkan berlakunya penganiayaan pada mana-mana pihak dan membolehkan sulh memanggil kedua-dua pihak bagi menjalani kaunseling untuk mengelakkan perceraian,” katanya.



Ramai yang merungut dengan perangkaan yang terbaru ini kerana bagi mereka ini menunjukkan betapa institusi kekeluargaan Islam sedang mengalami zaman kejatuhan dan keruntuhan. Namun bagi penulis artikel di atas, angka 75,000 perceraian tersebut mungkin masih belum memadai dan tidak dapat memuaskan hatinya, justeru beliau dengan mudahnya terus melemparkan tuduhan-tuduhan terhadap Mahkamah Syariah yang didakwanya sering melewat-lewatkan kes-kes perceraian pasangan Islam.