Tuesday, March 31, 2009

Malaysia Bila Lagi....

Denda berseluar londeh di Amerika

FESYEN berseluar londeh sehingga menampakkan seluar dalam atau boxer mungkin tidak lagi boleh digayakan di Tennessee, Amerika Syarikat setelah satu rang undang-undang yang mengharamkan pemakaian seluar jenis itu telah diluluskan oleh jawatankuasa kecil perundangan negeri itu.

Malah, sesiapa yang didapati melanggar `Undang-undang Seluar Londeh' itu akan dikenakan denda sehingga AS$1,000 (RM3.500) dan wang tersebut akan disalurkan untuk membeli bekalan peralatan sekolah termasuk buku dan peralatan sukan.

Ekoran itu, seorang wakil Demokrat dari Memphis, Karen Camper menuduh rakan-rakan sekerjanya termasuk Joe Town yang juga wakil Demokrat Memphis, cuba menggubal undang-undang fesyen yang disifatkan akan menyebabkan remaja lebih cepat mencipta kesalahan kecil dalam sejarah hidup mereka.

“Soalan saya apakah sebenarnya hala tuju dan harapan terhadap pengubalan undang-undang ini?” tanya Camper kepada rakan-rakan Demokratnya termasuk Town.

“Ini tidak ada kena mengena dengan fesyen, sebaliknya ia berkaitan kesopanan dan kebersihan,'' tegas Town.

Undang-undang yang telah diluluskan oleh jawatankuasa kecil itu, kini telah dibawa ke Jawatankuasa Badan Kehakiman.- Agensi

2 comments:

Min said...

memang nyampah tengok budak2 dengan seluaq londeh ni... rasa mcm nak ja tolong londeh bagi jatuh ke bawah terus. harap malaysia pun prihatin macam negara bukan islam mcm US ni.

nurira ~* said...

salam.

aah.setuju dgn min. sgt menyampah tgk budak2 dgn seluar londeh..

hm..malaysia taknak buat jugak ke undang2 mcm ni..