Tuesday, January 27, 2009

Ha...Nama tak ada?

Petang Khamis minggu lepas, saya dikejutkan oleh seorang staf Mahkamah yang memang telah lama dikenali..katanya nama saya tak ada dalam list terbaru peguam syarie tahun 2009. Tak bayaq lagi ka? Pi bayaq cepat nanti Hakim kacau... dia bertanya lanjut. Terkejut la saya sebab memang saya dah renew sijil amalan peguam saya dan dah buat bayaran pun pakai cek...Issyy..tak kan cek tendang kut. Semak balik dalam bank statement memang pasti cek tu dah clear sejak 18.12.08 lagi. Itulah...memang benda ni akan jadi masalah sebab sejak dulun lagi memang Pihak Majlis tak keluarkan resit bayaran kepada peguam on the spot semasa buat bayaran sebaliknya mereka berjanji akan menyerahkannya melalui pos. So.. apa sebab nama saya tercicir ni.

Teringat balik saya pada tahun lepas, ada seorang lawyer yang namanya juga terkeluar dari list peguam syarie (dia tak tau pun) dan dia hadir ke mahkamah untuk mewakili kliennya macam biasa. Sekali dia dibantah oleh seorang lagi lawyer atas alasan namanya tiada dalam senarai peguam syarie yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Agama Islam (depa dua ni kawan). Mahkamah terpaksa menangguhkan dulu perbicaraan bagi membolehkan kawan saya ni menunjukkan bukti yang dia telah memperbaharui sijil amalannya. Kelam kabut jugak la jadinya.

Pada prinsipnya, semua peguam syarie mesti memperbaharui sijil amalan masing-masing setiap awal tahun dan hendaklah membuat bayaran yang ditetapkan. Di Kedah ni RM120.00 tapi di negeri-negeri lain setahu saya hanya RM100.00 saja. Dari segi undang-undang, hanya peguam yang membayar sijil amalan tahunannya sahaja boleh hadir ke mahkamah mewakili kliennya. Macam lesen memandu jugak la.

Jadi apa lagi.. memandangkan saya ada banyak kes di mahkamah minggu depan maka saya pun bergegas menghubungi pihak yang bertanggungjawab..akhirnya mereka akui memang kesilapan mereka dan saya sebenarnya telah memperbaharui sijil amalan saya. Lega dan syukur rasanya sebab saya telah dapat menyelesaikan masalah ni sebelum pihak mahkamah atau peguam lain yang mempersoalkan kapasiti saya untuk hadir ke mahkamah sebagai peguam. Kebetulan pula kejadian ni pertama kali berlaku pada saya dan ketika saya mula melangkah masuk tahun yang ke 10 menjadi peguam syarie. 10 tahun sekali....kira ok la kan...

Salam Pembuka Bicara

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana akhirnya hasrat penulis untuk berkogsi idea dan pandangan dengan semua pemain di alam siber ini telah termakbul setelah sekian lama tertangguh. Projek ni dah lama ada dalam ilham tetapi kerana kesibukan tugas dan beberapa perkara yang tak diduga menyebabkan ia terlewat hampir sebulan. Ia bertitik tolak daripada minat menulis yang sudah sedia ada dalam diri penulis di samping bersesuaian dengan profesion penulis yang memang memerlukan penulis sentiasa membuat kajian dan menulis mengenai isu-isu perundangan Syariah terutamanya berkaitan dengan isu di Mahkamah Syariah di Malaysia. Tulisan-tulisan dalam blog ini semuanya adalah pandangan peribadi penulis yang mungkin mengandungi kesilapan fakta justeru sebarang teguran atau komen yang membantu amat dialu-alukan. Semoga dengan lahirnya blog ini akan memberi manfaat kepada semua.