Friday, April 17, 2009

Idola....

Mentari Merah Di Ufuk Timur

Ada Yang Tertinggal Setelah Terbenam Mentari
Ada Yang Tertinggal Setelah Kering Air Di Kali
Alam Telah Meyakinkan Kau Mesti Pergi Kau Mesti
Alam Telah Meyakinkan Kau Mesti Kembali
Bagai Yang Telah Dijanjikan...Ilahi
Ada Yang Tertinggal Setelah Musnah Semua Mimpi

Kekal Selamanya Cintaku Dengan Cahayamu
Kekal Selamanya Segar Dalam Ingatan ku
Lemas Dalam Rindu Tenggelam Dalam Tangisan
Engkau Telah Pergi Tapi Masih Ada
Yang Kau Tinggalkan Dalam
Kalbuku...

Yang Tinggal..... Aku

Lagu: Search


Mungkin sudah hampir beratus kali aku dengar melodi indah lagu ini. Ya..sejak usia belasan tahun lagi terutamanya di zaman remaja semasa masih di asrama SMKA Alawiyah Arau bersama Tok Awang dan kawan kawan yang lain. Masa tu sapa yang tak kenal dengan Amy Search kira macam budak-budak zaman sekarang tak kenal Mawi la. Pada waktu itu..Aku suka lagu ni sebab petikan gitarnya sungguh syahdu dan sangat dramatik. Mungkin sebab dulunya aku terlalu suka mendengar lagu ini ... sampai kini liriknya masih segar dalam ingatan. Apa yang aku taip di atas tu sebenarnya adalah hasil ingatan aku sendiri yang original sejak 20 tahun yang lalu. Tanpa merujuk kepada mana-mana sumber lain. Aku gerenti kalau salah pun mungkin satu dua perkataan sahaja. Tapi tu zaman dulu...lepas dah berkeluarga ni aku dah lupakan dah lagu-lagu rock ni....sakit telinga.

Kemudian bila Amy menyanikan semula lagu ini dengan kumpulan Rabbani. Aku pun mula hairan ..apa kena pulak lagu rock kapak ni ...Rabbani buat rentak nasyid pulak. Ada unsur ketuhanan ka dalam lirik lagu ni... Mungkin pasai waktu maghrib kut.

Tapi...tapi... tapi.... aku sebenarnya tak pernah faham apa yang tersirat di sebalik lirik lagu ini. Kini bila terbaca laporan akhbar bahawa AMY Search menyanyikan lagu ini di hadapan Tok Guru Nik Aziz semasa satu program di Kelantan dan menurut Amy juga lagu ni ditujukan khas untuk Tok Guru (klik sini) ...... maka aku pun cuba ingati kembali bait-bait lagu ini ....dengan penuh khusyuk.... dan akhirnya barulah aku faham begitu besar mesej yang dibawa dalam lagu ini. Tak sangka dalam lagu rock macam ni pun boleh sampaikan dakwah.

Memang lagu ini cukup sesuai ditujukan kepada Tuan Guru sebab beliau sentiasa berpegang teguh dengan prinsipnya walau dunia mengalami pelbagai perubahan....walau dia dilonggokkan dengan pelbagai kesenangan dan kemewahan...pangkat dan darjat namun Tok Guru tetap macam tu...rumahnya, pakaiannya, cara hidupnya terus kekal dalam keadaan yang sungguh sederhana. Di akhir lagu ini penulis lirik ini bertanya pada dirinya sendiri adakah dia mampu menyambung perjuangan Tok Guru setelah Tok Guru meninggalkan kita.

7 comments:

~albazrah~ said...

uish... dikma dah baca link tu...rupanya restoran cheng ho tu restoran amy search ka? Dikma dah pi makan sekali...sedap sgt..harga pun berpatutan...nyum nyum...

cahayaqalbi said...

bila pi sana dma? Apa menu yg paling sedap...kalau pi kl leh ajak bg hamdi pi sana...

kak bi tak tau pun lagu ni...hinggalah rabbani n amy nyanyi balik dan abg hamdi beli cd baru tau sedap jugak rock berunsur ketuhanan ni...

din said...

Perghh, petikan gitar yg syahdu... tu zaman2 dulu laa layan kat asrama kan... zaman kita tak beza banyak tahun sangat pun kan hehe... tp zaman kami dah mai slow rock plak, macam kumpulan ada...hehe...

lagu ni memang mantopp... dah download lama dah sejak2 dok msia gi rasa, memang best...!

Min said...

kami ni lagu lagu rock tak amik pot langsung... semoga bertambah la artis2 yang mempunyai kesedaran mcm ni...

hamdi Ishak said...

Dikma.. sedap betui ka? sehari dua lagi..Insya Allah kami nak pi try.

Din..seluar sekolah hang mesti dah alter jadi kaki kecik.

Min..Ni ada sorang lagi penyanyi rock yang meletop dulu dengan lagu Cinta Untuk Nabila... la ni dah buat album ketuhanan jugak. Tapi dia ni dah lama dah berubah sampai dilantik jadi salah seorang siak di Masjid Zahir. Dia duduk dekat saja dgn rumah, tapi semua orang tak tau dia bekas rocker...

~albazrah~ said...

Kedai tu memang rasa macam Cheng Ho... Siap di serve teh o cina kot walau kita tak mintak. Nampak mcm eksklusif semacam. Kat Wangsa Maju... selang dr kedai tu ada restoran pompei.

Sedap la...boleh try, tapi harga boleh tahan la... kalau nak makan selalu situ boleh pokai juga. Hehe...

Nanti mai habaq la, boleh kami bwk pi sana.

din said...

haha, tahu takpa, kaki seluar kecik tu masa sekolah rendah. masa sekolah menengah kaki seluar besar, dah jadi GQ masa tu... hahaa...

Wahh biaq betul penyanyi cinta untuk nabila, kumpulan melissa tu dan insaf sangat. tp tak femes sangat depa tu, so orang taktau la... bila2 sekali jumpa dia kena suruh tarik chorus, "ohh Nabilaaa...... lambang cinta ku kepada muuuuu...." hehe...