Wednesday, February 04, 2009

Confirm..!!! Sekolah ni memang hebat.

Sebelum ni isteriku dah selalu sangat puji sekolah ni. Macam-macam kehebatannya ditonjolkan….sekolah cemerlang lah…sekolah gred A lah….. hebatlah dan banyak lagi. Tapi saya tak ambil kisah sangat. Ada juga kawan yang hairan kenapa saya daftarakan anak saya di sekolah lain tapi tidak di sekolah ni. Dia yang baru saja dapat balik ke sini dari pantai timur memang bersemangat nak masukkan anak dia di sekolah tu. Hebat sungguh ka sekolah ni.

Saya pernah pi masuk sekolah ni..tengok sepintas lalu macam biasa saja. Tapi pasai apa ramai sangat yang suka sekolah ni.

Baru-baru ni ada seorang ibu yang telah berpisah dengan suaminya menghadapi masalah kerana bekas suaminya telah datang mengambil anak mereka dan terus enggan menghantar kembali. Sejak bercerai anak-anak ni memang tinggal dengan dia dan suaminya akan datang mengambil anak pada hujung minggu. Keadaan ini berjalan dengan baik sehinggalah tetiba di penghujung tahun lepas (seminggu sebelum buka sekolah) apabila sibapa telah ambil terus anak tu dan enggan membenarkan siibu berjumpa dan bertemu dengan anaknya. Si ibu ni amat hairan dengan sikap sibapa yang tiba-tiba saja berubah. Persoalan tu akhirnya terjawab apabila musim persekolahan mula dibuka baru-baru ni…anak sulung mereka telah didaftarkan oleh sibapa di sekolah ni. Bapa mengakui bahawa dia ambil anak tu untuk disekolahkan di sekolah yang terbaik dan cemerlang ni, selain berdekatan dengan rumahnya pulak.. Lawyer dia pun siap hujah benda yang sama terus memuji sekolah ni. Bapa tetap berkeras tak mahu anak dia masuk sekolah lain.

Begitulah hebatnya sekolah ini dan namanya cukup tersohor di pekan Jitra. Kesiannya kat bapa penyayang ni. Sepatutnya bapa berusaha macam mana nak bagi anak ni jadi murid cemerlang biar di sekolah mana sekali pun. Didik dia…beri kasih sayang pada dia...beri asuhan dan bimbingan agama dan yang paling penting sekali jangan rosakkan emosi anak ini hanya kerana ibubapa telah berpisah. Jangan pisahkan anak ni dengan ibunya kerana itu akan merosakkan emosi dan jiwanya kelak. Apalah gunanya di tempatkan di sekolah yang terbaik tapi anak pula hidup dalam keadaan yang memberontak. Saya yakin bukan sekolah yang menentukan kecemerlangan anak. Ramai yang dah berjaya walaupun sekolah di Banai, Tandop Besar dll. Hebat sungguh penangan Ahmad Tajudin ni.

2 comments:

Anonymous said...

hihihi... hahaha... lawak la bg hamdi, min keras perut baca entry ni. yang last sekali tu yang nak tergolek jatuh kerusi rasa. SKTB memang di hati. walaupun jauh nun di sempadan siam. anyway, u're right bro. kasih sayang dan perhatian mak bapak tu yang banyak membantu kecemerlangan anak2 sebenaqnya... tokoh-tokoh negara kita, kedah la kita tengok, mahathir sekolah mana, ust azizan sekolah mana, chin hin sekolah mana? tak kan semua sekolah tu kot...

min

cahayaqalbi said...

ada budak belajar kat rumah pun berjaya...home school...