Friday, February 06, 2009

Apa Yang Dikejar tu Yob…!!!

Minggu ni asyik mengadap laptop saja. Banyak betul benda yang nak dibaca terutama sekali di negeri yang pernah dipaksa menerima penasihat Inggeris suatu ketika dulu JWW Birch.. Kehadirannya amat tidak disenangi oleh rakyat pada ketika itu. Itu sejarah. Tapi kita mungkin tidak pernah mengambil iktibar dari sejarah. Hari ini sekali lagi penasihat (MB) dilantik dari parti yang tidak disenangi oleh sebilangan rakyat Perak. Statistik menunjukkan pada PRU 12 yang lalu, bagi seluruh negeri Perak, PR mendapat 442,660 undi manakala BN mendapat 399,565 undi sahaja. Lebihan sebanyak 43, 095 undi.

Situasi semasa yang berlaku di negeri Perak sekarang ini sangat mendukacitakan kita. Sebagai rakyat yang sepatutnya diberi pilihan untuk memilih pemimpin dan kerajaan di dalam negera demokrasi ini, kita rasa telah diperbodohkan oleh beberapa orang pemimpin yang suka melompat. Memang ramai yang marah dan malu dengan perkembangan ini. Mengikut kajian yang dilakukan oleh seorang Profesor (bercermin mata fancy) yang diwawancara dalam Astro Awani tadi, lebih 90% penduduk Perak yang mahukan pilihanraya semula. Menurutnya lagi perkembangan yang berlaku sekarang menyebabkan mereka sudah tidak yakin dengan sistem pemerintahan negara kita termasuklah sampai tidak mengiktiraf perlembagaan dan institusi Parlimen. Katanya lagi, daripada 30 blog yang dipantau yang biasanya blog-blog ini tidak memihak, tetapi kali ini semua blog-blog ini menuntut pengundian semula diadakan atau DUN Perak dibubarkan segera.

Apa pun sekarang MB baru telah dilantik dan Perak masih berada dalam keadaan kacau-bilau. Namun apa yang berlaku ini mengingatkan saya kepada sepotong ayat al-Quran yang selalu kita baca terutama semasa dalam wirid selepas solat iaitu:


26. Katakanlah: "Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Surah Ali Imran: 26

Mengapa dalam ayat di atas Allah telah mengasingkan antara terma kekuasaan atau kerajaan dengan terma kemuliaan. Menurut ahli Tafsir, ini menunjukkan bahawa tidak semestinya yang diberi kekuasaan itu akan turut sama mendapat kemuliaan di sisi Allah. Firaun juga diberi kekuasaan tetapi dicabut kemuliaan daripadanya. Begitu juga tidak semestinya tanpa kekuasaan, kita tidak akan mendapat kemuliaan di sisi Allah. Justeru bagi mereka yang dicabut kekuasaan diharap jangan berputus asa kerana kemungkinan Allah ingin memberi kemuliaan kepada mereka pada waktu yang lain.

Apa nak dihairankan dengan 4 ekor katak yang melompat tu..kerana dalam al-Quran telah diberitahu bahawa perjuangan menyeru ke arah kebaikan ini adalah sangat berliku (syuqqah) dan memang ramai yang tidak sanggup mengikutinya. Ini telah ditegaskan dalam al-Quran dan ia memang berlaku. Alhamdulillah kita diberi peluang oleh Allah untuk melihat sendiri telatah mereka ini yang hanya mahukan keuntungan dan kemewahan sehingga lari meninggalkan perjuangan asal. Firman Allah:.



Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, Pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri[644] dan Allah Mengetahui bahawa Sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.[644] (Maksudnya mereka akan binasa disebabkan sumpah mereka yang palsu....Surah altaubah: 42

3 comments:

Anonymous said...

benar bg hamdi... sebelum ini kita hanya membaca dan memahami makna ayat sebegini tanpa dapat melihatnya dengan mata sendiri... namun sekarang Allah telah menunjukkan kepada kita, dan yakinlah, apa yg berlaku ini tidak lain dan tidak bukan akan mengukuhkan lagi pegangan dan keyakinan kita pada perjuangan ini dan akan meningkatkan kebergantungan padaNya insyaAllah.

Takbir!! lawan tetap lawan!!

cahayaqalbi said...

benar sekali....baru tenang sedikit bila kita berbalik pada kalimah Tuhan.....

Anonymous said...

betoi- betoi
memang inilah yang perlu disedari oleh semua orang yang berjuang pada jalan Allash ini