Tuesday, January 27, 2009

Ha...Nama tak ada?

Petang Khamis minggu lepas, saya dikejutkan oleh seorang staf Mahkamah yang memang telah lama dikenali..katanya nama saya tak ada dalam list terbaru peguam syarie tahun 2009. Tak bayaq lagi ka? Pi bayaq cepat nanti Hakim kacau... dia bertanya lanjut. Terkejut la saya sebab memang saya dah renew sijil amalan peguam saya dan dah buat bayaran pun pakai cek...Issyy..tak kan cek tendang kut. Semak balik dalam bank statement memang pasti cek tu dah clear sejak 18.12.08 lagi. Itulah...memang benda ni akan jadi masalah sebab sejak dulun lagi memang Pihak Majlis tak keluarkan resit bayaran kepada peguam on the spot semasa buat bayaran sebaliknya mereka berjanji akan menyerahkannya melalui pos. So.. apa sebab nama saya tercicir ni.

Teringat balik saya pada tahun lepas, ada seorang lawyer yang namanya juga terkeluar dari list peguam syarie (dia tak tau pun) dan dia hadir ke mahkamah untuk mewakili kliennya macam biasa. Sekali dia dibantah oleh seorang lagi lawyer atas alasan namanya tiada dalam senarai peguam syarie yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Agama Islam (depa dua ni kawan). Mahkamah terpaksa menangguhkan dulu perbicaraan bagi membolehkan kawan saya ni menunjukkan bukti yang dia telah memperbaharui sijil amalannya. Kelam kabut jugak la jadinya.

Pada prinsipnya, semua peguam syarie mesti memperbaharui sijil amalan masing-masing setiap awal tahun dan hendaklah membuat bayaran yang ditetapkan. Di Kedah ni RM120.00 tapi di negeri-negeri lain setahu saya hanya RM100.00 saja. Dari segi undang-undang, hanya peguam yang membayar sijil amalan tahunannya sahaja boleh hadir ke mahkamah mewakili kliennya. Macam lesen memandu jugak la.

Jadi apa lagi.. memandangkan saya ada banyak kes di mahkamah minggu depan maka saya pun bergegas menghubungi pihak yang bertanggungjawab..akhirnya mereka akui memang kesilapan mereka dan saya sebenarnya telah memperbaharui sijil amalan saya. Lega dan syukur rasanya sebab saya telah dapat menyelesaikan masalah ni sebelum pihak mahkamah atau peguam lain yang mempersoalkan kapasiti saya untuk hadir ke mahkamah sebagai peguam. Kebetulan pula kejadian ni pertama kali berlaku pada saya dan ketika saya mula melangkah masuk tahun yang ke 10 menjadi peguam syarie. 10 tahun sekali....kira ok la kan...

4 comments:

Min said...

ok lah, tapi kira tak best jugak la jadi mcm tu... tapi kot semua manual kot, kalau ada system, data semua, tak kan nak tercicir kot. ni main pakai tulih tangan dlm buku kulit keras sapa dah renew lesen, then masuk fail tebuk lubang hujung belah kiri ja kot.... jangan mare arrr tuan loyar, 20 percent...!!!

cahayaqalbi said...

memang old school sikit la jabatan2 ni...kata paperless government...hopefully improve la kut nanti dah pakatan rakyat pegang kedah nii....

hamdi Ishak said...

Memang pakai sistem manual lagi..tapi kalau depa hati-hati, tak mungkin tercicir nama tu. Bukan bilangan peguam ni ramai sampai ribu-ribu orang pun tapi ada dalam 40 orang saja. Yang tak sedap tu... ada klien dah nak mai ofis tapi cancel last minute sebab mahkamah bagitau lawyer ni tak renew sijil lagi.

Anonymous said...

ermm.... kalo kami offer wat web based system untuk key in n renew license ni online ok ka?? nampak dah riban2 duit masuk.. heheheh... mata RM!