Tuesday, January 27, 2009

Salam Pembuka Bicara

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana akhirnya hasrat penulis untuk berkogsi idea dan pandangan dengan semua pemain di alam siber ini telah termakbul setelah sekian lama tertangguh. Projek ni dah lama ada dalam ilham tetapi kerana kesibukan tugas dan beberapa perkara yang tak diduga menyebabkan ia terlewat hampir sebulan. Ia bertitik tolak daripada minat menulis yang sudah sedia ada dalam diri penulis di samping bersesuaian dengan profesion penulis yang memang memerlukan penulis sentiasa membuat kajian dan menulis mengenai isu-isu perundangan Syariah terutamanya berkaitan dengan isu di Mahkamah Syariah di Malaysia. Tulisan-tulisan dalam blog ini semuanya adalah pandangan peribadi penulis yang mungkin mengandungi kesilapan fakta justeru sebarang teguran atau komen yang membantu amat dialu-alukan. Semoga dengan lahirnya blog ini akan memberi manfaat kepada semua.

1 comment:

Min said...

wow! ni yang best ni... semua dah ada blog. cayalah! tahniah, tahniah, kami ja yang share blog. anyway, selamat menulis... semoga ianya menjadi wadah kita sama-sama berdakwah di alam cyber ini.