Sunday, July 04, 2010

Dua Wanita Dilantik Hakim Syarie


mStar Online : Dua Wanita Dilantik Hakim Syarie



Dua Wanita Dilantik Hakim Syarie

KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan buat julung kalinya pelantikan dua orang wanita sebagai Hakim Syarie.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Suraya Ramli, 31, dan Penolong Pengarah Bahagian Latihan JKSM Rafidah Abdul Razak, 39, masing-masing dilantik Hakim Syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur pada pertengahan Mei lepas selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"(Pelantikan ini) bagi mempertingkatkan keadilan dalam sesuatu kes berkaitan kekeluargaan dan hak-hak wanita dan keperluan semasa," katanya pada majlis Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia kali ke-12 di sini, hari ini.

Teks ucapannya dibaca Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin.

Najib berkata keputusan luar jangka itu merupakan sebahagian komitmen kerajaan bagi menggalakkan transformasi dalam JKSM.

"Sebagai contoh, bagi mentranformasikan institusi perundangan syariah, kerajaan telah bersetuju memperuntukkan kewangan sebanyak RM15 juta kepada Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) bagi membantu pihak-pihak yang teraniaya akibat daripada kegagalan pihak suami dalam melaksanakan perintah nafkah di Mahkamah Syariah...ini adalah satu komitmen kerajaan yang tidak pernah digambarkan sebelum ini," katanya.

Najib berkata, selain itu, kerajaan turut bersetuju melanjutkan had umur Ketua Hakim daripada 58 tahun kepada 66 tahun.Beliau berkata, kerajaan juga bersedia membantu untuk memberi peluang dan galakan kepada pegawai syariah yang ingin melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat sarjana dan doktor falsafah.

Katanya, insentif itu dapat meningkatkan kepakaran pegawai syariah dalam bidang masing-masing dan seterusnya mendepani polemik dan permasalahan isu syariah baru yang semakin kompleks.

Isu semasa dan global seperti perebutan hadhanah (hak jagaan anak) bagi pihak berlainan agama, perebutan mayat, pengesahan status agama, pertikaian harta pusaka di kalangan orang Islam dan bukan Islam, kehadiran peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah serta kes tuntutan yang mencapai nilai berbilion ringgit menuntut kepakaran dan kebijaksanaan yang tinggi dalam menyelesaikan pertelingkahan tersebut, katanya.

Justeru, katanya, corak pengurusan JKSM perlu ditransformasikan secara lebih kreatif dan gaya kepimpinan yang inovatif dalam memartabatkan Mahkamah Syariah dan memperkasa integriti para hakim dan pegawai syariah.

"Pegawai Syariah dan Hakim Syarie juga hendaklah bijak dan berani dalam memberikan pentafsiran yang lebih menguntungkan umat Islam dan masyarakat keseluruhannya," katanya.

Bagaimanapun, Najib meminta segala perancangan yang bakal dilakukan perlu dibuat secara berhemah dan beretika.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, bilangan rakyat yang memeluk agama Islam kian bertambah dengan seramai 76,663 orang sejak 2000 hingga 2009.

Katanya, faktor kepelbagaian penduduk yang berbilang kaum dan agama mendorong kepada statisik berkenaan - BERNAMA

6 comments:

~albazrah~ said...

Apa pendapat abg hamdi? Kami selama dok ngaji kitab fiqh, mana boleh pompuan jadi hakim. Macamana nak nak tegak syariah kalau depa sendiri tak ikut syarei...

~albazrah~ said...

Nas dari kitab minhaj at-Tolibin, kata Imam Nawawi RA:


"وشرط القاضي مسلم مكلف حر ذكر عدل
..."

dan syarat qadhi hendaklah muslim, mukallaf merdeka lelaki adil..."

Nas dari 'Umdatul Salik,:

ويشترط في القاضي الذكورة والحريةوالتكليف والعدالة..."

"dan disyaratkan pada qadhi itu, lelaki, merdeka, taklif, adil..."

berkata Imam Ahmad bin Ruslan as Syafi'e dalam matan zubad;

وإنما يليه مسلم ذكر
مكلف حر سميع ذو بصر

hanyasanya yang jadi (qadhi itu) muslim lelaki

mukalaf merdeka yang boleh mendengar dan melihat

hamdi Ishak said...

Memang banyak ulamak yang menolak pelantikan hakim syarie dari kalangan wanita dgn nas dan hujah masing-masing. Tetapi, dalam mazhab Hanafi mereka menerima perlantikan hakim wanita selain dalam kes hudud dan qisas. Oleh kerana mahkamah syariah kita tiada kuasa bicara kes hudud dan qisas maka tiada halangan wanita dilantik sbg hakim.

hamdi Ishak said...

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-melantik-wanita-sebagai-hakim-syarie

Anonymous said...

negara2 mana lagi yang ada hakim wanita ni sila nyatakan boleh? apa hujah mereka?

hamdi Ishak said...

Terima kasih..jemput baca posting terbaru